Cara Bayar Hutang PTPTN Melalui Shopee (Boleh Guna Coins)

Cara Bayar Hutang PTPTN Melalui Shopee (Boleh Guna Coins)

Tahukah anda, kini anda mempunyai kaedah terbaru untuk bayar hutang PTPTN ini iaitu pembayaran secara online dengan menggunakan platform Shopee.

Ya, selain daripada shopping di Shopee, kini anda juga boleh hutang pendidikan PTPTN anda. Lebih mudah, pantas dan pastinya anda sudah biasa dengan platform tersebut.

Mungkin sebelum ini, anda biasa buat bayaran secara potongan gaji atau menggunakan perbankan online dan terbaru apa kata anda cuba pula menggunakan Shopee. Kenapa nak bayar guna Shopee?

Mungkin anda mengumpul banyak Shopee Coins. Inilah masanya anda menggunakannya. Anda boleh buat bayaran PTPTN dengan tebus menggunakan Shopee Coins tau.

Jadi daripada biarkan coins tersebut luput tarikh, selepas ini anda boleh menggunakannya untuk bayar hutan PTPTN. Tapi kenalah menggunakan Shopee.

Cara Bayar PTPTN Menggunakan Shopee

Untuk menggunakan kaedah ini, anda tidak perlu daftar apa-apa. Anda hanya perlu sediakan nombor kad pengenalan sahaja.

LANGKAH 1

Pergi ke aplikasi Shopee (KLIK SINI), klik pada ikon Ticket, Top-ups & Bills > pilih PTPTN

Cara Bayar PTPTN Menggunakan Shopee

LANGKAH 2

Disini terdapat 3 pilihan, anda pilih Bayaran Balik Pinjaman. Kemudian masukkan nombor MyKad dan tekan 'Checkout'

*Selain daripada bayar PTPTN, anda juga boleh buat bayaran untuk Simpanan SSPN Prime dan SSPN Plus menggunakan Shopee

Cara Bayar PTPTN Menggunakan Shopee

LANGKAH 3

Disini akan terpapar maklumat jenis akaun dan juga tahap pendidikan anda berdasarkan nombor MyKad tersebut. Masukkan jumlah yang ingin dibayar. (Min: RM10; Max: RM999)

LANGKAH 4

Akhir sekali, anda akan dipaparkan semua maklumat untuk anda semak terlebih dahulu sebelum buat pembayaran. Disini anda boleh tebus Shopee Coins. Lebih jimat. Caj RM1 akan dikenakan bagi setiap transaksi.

Jika sudah lengkap semuanya, teruskan bayaran seperti biasa dengan klik pada 'Pay Now'

Cara Bayar PTPTN Menggunakan Shopee

Selesai! Kini anda dah boleh bayar PTPTN melalui Shopee

Post a Comment

Previous Post Next Post