Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) Sebanyak RM500 Akan Diberikan Mulai Esok

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) Sebanyak RM500 Akan Diberikan Mulai Esok

Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan hari ini melalui kenyataan media dimana Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) secara one-off dengan nilai RM500 akan diberikan bermula 26 Oktober 2021.

Bantuan ini diumumkan dalam pakej PEMULIH dimana membuktikan Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sentiasa terbela. Ujar beliau lagi.

Bantuan ini akan memberi manfaat kepada hampir 870 ribu individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021.

Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO sepanjang tahun 2021.

Jika anda layak, semakan status kelulusan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) boleh dibuat mulai 26 Oktober 2021 melalui portal BKP iaitu di https://bkp.hasil.gov.my

Untuk maklumat lanjut, penerima BKP boleh merujuk FAQ yang anda boleh dapatkan di portal berkenaan.

Semoga bantuan ini yang disediakan oleh kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia yang terjejas dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post