Senarai 10 Handphone Murah Terbaik Bawah RM300 Edisi Tahun 2022

Senarai 10 Handphone Murah Bawah RM300

Jika anda sedang mencari sebuah telefon pintar atau smartphone murah terbaik dengan harga bajet bawah RM300 terbaik untuk tahun 2021. Anda boleh tengok sini senarai 10 yang anda boleh beli.

Dengan harga sedemikian, pastinya sebuah smartphone tersebut jatuh dalam kategori kelas bawah, entry-level atau low-end. Ianya bagi mereka yang memilik bajet yang sangat terbatas.

Telefon ini masih boleh digunakan dengan baik tetapi mengikut situasi. Anda jangan expect ianya boleh mainkan permainan video berat-berat atau jalankan aplikasi yang bersaiz besar.

Tetapi ianya masih boleh menjalankan aplikasi ringan seperti media sosial dan komunikasi dengan baik. Jadi anda perlu tahu apa tujuan anda dapatkan telefon dengan bajet bawah RM300 ini.

Ianya sesuai jika digunakan untuk telefon kedua, atau sebagai komunikasi menggunakan Whatsapp jika anda seorang peniaga atau ada bisnes.

Atau mungkin anda ingin buat panggilan video sahaja atau ingin tangkap gambar sikit-sikit dengan kualiti yang baik, telefon entry-level ini sesuai juga untuk anda dapatkan.

10 Handphone Harga Bawah RM300 Untuk Tahun 2021

Setiap harga telefon dalam senarai ini diambil ketika artikel ini diterbitkan. Mungkin ianya ada kenaikan atau penurunan harga disebabkan promosi.

Anda boleh dapatkan senarai telefon ini secara online di laman Shopee atau Lazada. Disediakan link pembelian bagi setiap telefon pintar. 

#1- Vivo Y17

Vivo Y17

Telefon pertama yang anda boleh dapatkan bawah harga RM300 adalah daripada Vivo Y17. Seller ini ada bawakan import unit untuk jenama ini dengan bajet terhad anda. Walaupun ianya adalah OEM, tetapi mendapat rating 4.5/5 daripada buyer di Shopee.

Telefon ini bersaiz 5.5 inci dengan kapasiti 8gb ram serta 256 rom. Ianya menjalankan Android 8.0 dengan quad-core processor. Kamera hadapan 8MP dan kamera utama 13MP. Manakala kapasiti bateri adalah sebesar 3000 mAh.

⏩ Link Shopping :【Shopee】【Lazada

#2 - Redmi Note 4x

Redmi Note 4x

Telefon seterusnya adalah daripada jenama Redmi. Ianya juga merupakan original import set tetapi disediakan 12 bulan warranti daripada seller. Ianya bukan set klon, tetapi original refurbished.

Mempunyai sambungan 4G beserta wifi dan bluetooth. Telefon ini menggunakan Android 6.0 yang mampu dinaik taraf sehingga 7.0 beserta MIUI 10. Anda akan dapatkan sebuah telefon dengan 3gb ram dan 32gb rom. Kamera selfie sebesar 5MP dan kamera utama sebesar 13MP.

⏩ Link Shopping :【Shopee】【Lazada

#3 - Redmi 9A

Redmi 9A

Sebuah lagi peranti daripada Redmi, tapi kali ini adalah set secondhand atau used dengan waranti kedai selama 1 bulan. Ianya hanya di datangkan dengan telefon sahaja tanpa kotak dan charger.

Telefon ini bersaiz 6.53 inci dengan kualiti HD+. Menggunakn Android 10 bersama MIUI 12. Kamera selfie bersaiz 5MP dan kamera utama bersaiz 13MP. Bateri pula berkapasiti 5000 mAh. Cukup besar sebenarnya dengan telefon harga bawah RM300

⏩ Link Shopping :【Shopee】【Lazada

#4 - Redmi Note 4

Redmi Note 4

Satu lagi peranti daripada Xiaomi iaitu Redmi Note 4. Ianya masih telefon original tetapi secondhand dengan kondition 95% seperti baru dan katanya ada sedikit calar sahaja.

Anda boleh dapatkan versi 3gb ram yang cukup besar dengan memori 64gb rom. Cukup untuk letak bermacam-macam file di dalamnya. Anda boleh dapatkan waranti 1-to-1 exchange dalam tempoh satu bulan jika ada rosak tau.

⏩ Link Shopping :【Shopee】【Lazada

#5 - Oppo F5

Oppo F5

Kali ini jenama Oppo dengan set secondhand yang anda boleh dapatkan dengan harga murah sahaja. Kualiti 98% seperti baru yang ditawarkan oleh seller.

Telefon dengan saiz skrin 6.0 inci disertakan 4gb ram bersama 64gb rom. Cukup untuk menjalankan beberapa aplikasi serentak. Selain itu, kamera juga cukup baik iaitu 16MP kamera selfie dan 20MP kamera utama. Bateri berkapasiti 3200 mAh

⏩ Link Shopping :【Shopee】【Lazada

#6 - Wiko Power U10

Wiko Power U10

Mungkin jenama Wiko tidak terkenal seperti jenama lain tetapi telefon ini menawarkan telefon original yang baru dengan harga bajet bawah RM300.

Model Power U10 ini dijanakan dengan Android 11 dengan saiz skrin 6.82 inci HD+ yang sangat baik. Sesuai untuk mereka yang berumur, kerana saiz skrin yang besar.

Selain itu, ram dibekalkan adalah 2gb dan 32gb rom serta menyokong SD card sehingga 256gb. Bateri berkapasiti 5000 mAh dimana antara kapasiti terbesar dalam senarai ini.

Manakala untuk kamera pula, 5MP untuk kamera selfie dan 13MP untuk kamera hadapan. Ada night mode dah hdr lagi. Jadi teranglah gambarnya.

⏩ Link Shopping :【Shopee】【Lazada

#7 - Wiko Sunny 5

Wiko Sunny 5

Jika anda tidak mahu telefon yang besar sangat, boleh beli Wiko Sunny 5 dengan saiz skrin 5.99 inco sahaja.

Telefon ini hanya dibekalkan dengan 1gb ram sahaja bersama 32gb rom dengan kapasiti bateri sebesar 3000 mAh. Paling best adalah dia ada AI face unlock dimana anda boleh buka kunci telefon anda menggunakan wajah sahaja.

⏩ Link Shopping :【Shopee】【Lazada

#8 - Wiko Y61

Wiko Y61

Telefon model Wiko Y61 ini menyokong sehingga 4G LTE tau. Jadi anda akan peroleh sambungan internet dengan lebih pantas. Telefon ni juga support dual sim tau.

Telefon saiz 6 inci, ram 2gb dengan 32gb rom beserta menyokong micro SD sehingga 256gb. Bateri 3000 mAh dengan kamera selfie 5MP dan kamera utama sebesar 8MP.

⏩ Link Shopping :【Shopee】【Lazada

#9 - Leagoo MYFON F10

Leagoo MYFON F10

Ini juga jenama yang kurang terkenal tetapi masih memberikan sebuah telefon original baru dengan warranti setahun daripada Leagoo. Mungkin anda biasa lihat ada dalam rancangan Go Shop.

Telefon ini juga satu-satunya menawarkan 3 kamera utama berbanding senarai lain iaitu sebesar 8MP dan kamera selfie adalah 5MP. Anda juga dapat 3gb ram beserta 32gb rom.

Telefon ini juga ada face unlock, menjalankan Android 8.1 Oreo dan menyokong dual sim dengan dibekalkan 3000 mAh

⏩ Link Shopping :【Shopee】【Lazada

#10 - Sony Xperia XZ1

Sony Xperia XZ1

Akhir sekali bagi segmen handphone bawah RM300 adalah Sony Xperia XZ1. Hanya ada telefon dengan kualiti secondhand sahaja mengikut gred yang ditawarkan oleh seller.

Telefon ini dimasukkan dalam senarai adalah kerana dengan cip flagship yang dibekalkan iaitu Snapdragon 835 beserta 4gb ram dan 64gb rom. Jadi untuk yang mencari sebuah telefon kedua tetapi naik main berat, boleh beli telefon ini.

⏩ Link Shopping :【Shopee】【Lazada

*Harga yang disiarkan adalah sebagai rujukan pembaca sahaja

Post a Comment

Previous Post Next Post