Guinness World Records - Ronaldo Diiktiraf Sebagai Penjaring Terbanyak Dalam Perlawanan Antarabangsa

Guinness World Records Untuk Ronaldo Sebagai Penjaring Terbanyak Dalam Perlawanan Antarabangsa

Baru-baru ini, pemain sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo diiktiraf sebagai pemegang rekod dunia dalam Guinness World Record sebagai penjaring terbanyak (lelaki) dalam perlawanan bola sepak antarabangsa.

Rekod ini dipecahkan ketika beliau bermain bersama pasukan Portugal menentang Ireland pada 1 September 2021 yang lalu di Stadium Algarve, Portugal dalam peringkat kelayakan piala dunia.

Dalam perlawanan tersebut, beliau telah menjaringkan 2 gol pada babak-babak akhir perlawanan yang diakhiri dengan kemenangan 2-1 sekali gus menjadikan rekod jaringan sebanyak 111 gol 

Sebelum ini, pemain baru Manchester United itu telah berkongsi rekod jaringan bersama Ali Daei (pemain Iran) yang telah menyumbat sebanyak 109 gol antara tahun 1993 hingga 2006. Diikuti dengan pemain Legenda Malaysia, Mokhtar Dahari dengan 89 gol.

Bukan itu sahaja, Ronaldo juga memegang rekod sebagai penjaring gol terbanyak Champions League dan juga penjaring terbanyak UCL dalam satu-satu musim iaitu sebanyak 17 gol.

Beliau telah bermula sebagai pemain bola sepak bersama pasukan Sporting CP pada umur 12. Kemudian meneruskan rentak ke pasukan muda Sporting CP.

Kemudian berjaya sertai pasukan B dan akhirnya berjaya kepada pasukan utama Sporting CP dan memenangi Supercup.

Kemudian berpindah ke Manchester United yang mana pada pada umur 23 tahun, beliau berjaya dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia sekali gus memenangi Ballon d'Or.


sumber : Guiness World Record

Post a Comment

Previous Post Next Post