Telefilem Badi Selendang Merah Astro Citra (Citra Exclusive)

Telefilem Badi Selendang Merah Astro Citra (Citra Exclusive)

Minggu ini, Astro membawakan sekali lagi telefilem Badi Selendang Merah yang akan bersiaran pada 18 September 2021 menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra.

Telefilem terbitan Suar Channel ini merupakan ulang siar untuk penonton Astro. Ianya pernah dimainkan pada April tahun 2020 yang lalu menerusi slot dan saluran yang sama.

Badi Selendang Mereh yang membawakan genre seram ini merupakan idea asal daripada Team Suar dan penghasilan skrip oleh Mike Alias. Telefilem ini pula diarahkan oleh Rahim Zali

Antara pelakon utama yang terlibat dalam telefilem ini ialah Nazim Othman sebagai Helmi, Syarifah Sakinah sebagai Fatin dan Salina Saibi sebagai Duku.

Mereka dibantu oleh Yusran Hashim, Burhan Amir, Azmi Musa, Nyon Othman dan Koi Eloy. Juga penampilan khas daripada Ustaz Dinie dan Aida Ruyati

Telefilem Badi Selendang Merah Astro Citra (Citra Exclusive)

Sinopsis Badi Selendang Merah

Telefilem Badi Selendang Merah mengisahkan Helmi yang membawa isterinya, Fatin pulang dan berhijrah ke kampung untuk tinggal di sana selepas gagal dalam perniagaan. Dalam masa sama, Fatin kini hanya tunggu masa untuk bersalin.

Dalam perjalanan pulang itulah telah berlaku satu adegan dimana mereka telah menyaksikan sebuah kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawa seorang wanita berselendang merah.

Sejak daripada kejadian itu, Helmi dan Fatin dihantui dan bermulalah pembongkaran segala rahsia-rahsia gelap yang disembunyikan. Apakah itu?

Telefilem Badi Selendang Merah Astro Citra (Citra Exclusive)

Waktu Tayangan

Anda boleh saksikan telefilem Badi Selendang merah pada 18 September ini, hari Sabtu, jam 9.00 malam di slot Citra Exclusive di Astro Citra saluran 108.

Selain itu, anda juga boleh tonton menerusi Astro Go atau saksikan secara On Demand untuk waktu yang lebih fleksibel.

Post a Comment

Previous Post Next Post