[Video] "Fuh macam printer" Warganet kagum tulisan pakcik yang begitu cantik

[Video] "Fuh macam printer" Warganet puji tulisan pakcik yang begitu cantik

Setiap daripada kita pasti ada 1 keistimewaan atau bakat terpendam, sama ada sudah jumpa kelebihan tersebut atau belum sahaja termasuklah juga seorang pakcik yang mendapat pujian daripada warganet.

Anda mungkin biasa nampak tulisan pada lori, trak, kenderaan pacuan 4 roda dan kenderaan-kenderaan besar berkaitan maklumat bilangan pekerja, nama syarikat bersama alamat yang terpapar pada badan kenderaan.

Kalau kita tengok dari jauh, pastinya kita ingatkan tulisan tersebut ditulis menggunakan stiker tulisan yang tersedia dan hanya perlu dilekatkan sahaja kerana kekemasannnya. Mungkin sebahagiannya benar ada menggunakan stiker.

Tetapi tahukan anda sebenarnya ada tulisan tersebut ditulis menggunakan tangan kosong tau. Inilah yang ditunjukkan oleh seorang pakcik dalam sebuah video yang dikongsikan di laman twitter.

Bagaimana pakcik ini menulis syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) beserta alamat pejabat dengan menggunakan tangan sendiri sahaja dengan cantik sekali dan lurus

Video ini telah dikongsikan oleh pengguna @anthraxxx781 yang telah mendapat Retweet lebih daripada 5k dan 10k likes.

Rata-rata warganet mengkagumi bakat yang ditunjukkan oleh pakcik itu dengan menghasilkan tulisan yang seragam, cantik dan lurus seakan "macam printer" tanpa menggunakan apa-apa peralatan lain kecuali berus lukisan.

Hebat pakcik ni! Otai masih berbisa

Post a Comment

Previous Post Next Post