Senarai Semua Pemenang Bagi Program Maharaja Lawak Mega (2011-2021)

Senarai Semua Pemenang Bagi Program Maharaja Lawak Mega (2011-2019)

Program Maharaja Lawak Mega telah bermula seawal tahun 2011 yang lalu sehingga kini. Pada setiap musim terdapat pemenang bagi tempat ke-3, naib juara dan pastinya juara Maharaja Lawak Mega.

Pada awalnya, digunakan platform Maharaja Lawak merupakan kesinambungan daripada Raja Lawak dimana mengumpulkan di antara juara di kalangan yang terhebat. Bekas finalis Raja Lawak dari musim pertama akan kembali berentap bagi merebut gelaran juara Maharaja Lawak.

Kemudian ianya dibawa ke pentas lebih besar selepas diperkenalkan Maharaja Lawa Mega. Kali ini lebih mencabar apabila dihimpunkan pelawak-pelawak terkenal dari negara jiran, Brunei, Singapura, Indonesia dan Singapura

Senarai Semua Pemenang Bagi Program Maharaja Lawak Mega (2011-2019)

Rancangan ini telah bersiaran di Astro Warna dan telah dikendalikan oleh Dato AC Mizal sebagai pengacara tetap dari musim pertama sehinggan musim terbaru sebelum ini.

Para peserta bebas untuk bertanding secara solo atau berkumpulan mengikut kemampuan untuk bertanding setiap minggu yang pastinya pentas bagi merebut hadiah wang tunai lumayan yang ditawarkan setiap musim.


Senarai pemenang Maharaja Lawak & Maharaja Lawak Mega

Disini akan disenaraikan bagi program Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega dari 2011 hingga tahun 2021.

Maharaja Lawak 2011

  • Juara -  Sepah (Shuib, Mamat dan Jep)
  • Naib Juara - Jozan (Johan dan Zizan)
  • Tempat Ke-3 - Nabil
  • Tempat Ke-4 - Jambu (Angah dan Yus)

 Maharaja Lawak Mega 2011

  • Juara - Osbon (Abon dan Mr Os)
  • Naib Juara - Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
  • Tempat Ke-3 - Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)

Maharaja Lawak Mega 2012

  • Juara - Jozan (Johan dan Zizan)
  • Naib Juara - Jambu (Angah dan Yus)
  • Tempat Ke-3 - Shiro (Ajak dan Shahrol)

Maharaja Lawak Mega 2013

  • Juara - Sepahtu (Jep, Rahim dan Shuib)
  • Naib Juara - Shiro (Ajak dan Shahrol)
  • Tempat Ke-3 - Bocey (Abam, Achey dan Fad)

Maharaja Lawak Mega 2014

  • Juara - Zero (Atu, Sharif dan Syaiful)
  • Naib Juara - Sepatu (Jep dan Shuib)
  • Tempat Ke-3 - Nabil


Maharaja Lawak Mega 2016

  • Juara - Bocey (Abam, Achey dan Fad)
  • Naib Juara - Joras (Rahim, Shuk dan Joey)
  • Tempat Ke-3 - Puteh (Mamak dan Ali)

Maharaja Lawak Mega 2017

  • Juara - Bocey (Abam, Achey dan Fad)
  • Naib Juara - Shiro (Ajak dan Shahrol)
  • Tempat Ke-3 - Dzawin

Maharaja Lawak Mega 2018

  • Juara - Shiro (Ajak dan Shahrol)
  • Naib Juara - Bocey (Abam, Achey dan Fad)
  • Tempat Ke-3 - Zero (Atu, Sharif dan Syaiful)

Maharaja Lawak Mega 2019

  • Juara - Puteh (Ali, Mamak dan Man)
  • Naib Juara - Zero (Atu, Sharif dan Syaiful)
  • Tempat Ke-3 - Bocey (Abam, Achey dan Fad)

Maharaja Lawak Mega 2021

  • Juara - Tiro (Danial, Sharif dan Syaiful)
  • Naib Juara - Puteh (Ali, Mamak dan Vicha)
  • Tempat Ke-3 - Boro (Achey, Fad dan Atu)

Adakah akan ada untuk Maharaja Lawak Mega 2022 nanti? tunggu...

Post a Comment

Previous Post Next Post