Selangor tawarkan kad SIM bersama data internet percuma selama setahun

Selangor tawarkan kad SIM bersama data internet percuma selama setahun

Melalui Pakej Kita Selangor 2.0 yang diumumkan sebelum ini, Menteri Besar telah mengumumkan Pakej Data Internet Selangor khusus bagi penduduk dan rakyat negeri Selangor.

Jadi melalui pengumuman terbaru daripada Dato' Seri Amirudin Shari, bantuan ini kini boleh dimohon dan akan diagihkan kepada mereka yang layak.

Seramai 70,000 rakyat negeri tersebut akan menerima kad SIM yang dilengkapi dengan data internet secara percuma selama 12 bulan.

Antara kumpulan sasar bagi program Pakej Data Internet Selangor ini adalah pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor, peminjam Yayasan Selangor, mahasiswa KUIS dan Universiti Selangor (Unisel).

Bukan para pelajar sahaja universiti sahaja yang dapat, tetapi pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC), peniaga dalam talian bawah e-Bazar Selangor, petani dan ibu tunggal juga tidak dilupakan.

Dengan adanya pakej internet ini, mereka dapat mengadaptasi kehidupan norma baharu dengan proses pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR), perniagaan online dan sebagainya.

Cara mohon kad SIM dan data internet dalam Pakej Data Internet Selangor

Terdapat 3 syarikat yang telco yang terlibat bagi program ini iaitu GetLive (Digi), Celcom dan Unifi. Bagi setiap daripadanya menawarkan tawaran tersendiri tetapi pakej adalah percuma.

Selangor tawarkan kad SIM bersama data internet percuma selama setahun

Jadi kepada yang berminat dan layak, anda boleh memohon menerusi pusat khidmat masyarakat kawasan masing-masing yang boleh disemak menerusi laman sesawang Platform Selangor www.platselangor.com


sumber : selangorkini


Baca Juga

0/Post a Comment/Comments