5 Menu Dengan Resepi Berasaskan Jering Dan Petai Anda Kena Cuba

5 Menu Dengan Resepi Berasaskan Jering Dan Petai Anda Kena Cuba

Kalau dulu-dulu, biasanya kalau nak makan menu berasaskan jering dan petai kena tunggu musim, sekarang dua bahan ini mudah di dapatkan di pasaran.

Bila teringin makan boleh beli dan masak sambil mengimbau keenakan masakan autentik air tangan ibu-ibu di kampung.

Walaupun ada mereka yang tidak mengemari akan baunya, tetapi ianya masih mempunyai peminat yang tersendiri sehingga boleh dimakan mentah-mentah juga.

Jadi khusus untuk peminat jering dan petai, berikut ada beberapa variasi menu jering dan petai yang boleh anda cuba sebagai hidangan keluarga.

5 Resepi Berasaskan Jering Dan Petai Patut Anda Cuba

Terdapat pelbagai menu anda boleh cuba seperti lauk ikan, sotong, lauk sambal dan sebagainya.

#1 - Ikan Bawal Bakar Sambal Petai

Ikan Bawal Bakar Sambal Petai

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan bawal saiz sederhana (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 keping aluminium foil
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 sudu makan air asam jawa

Bahan-Bahan Kisar

  • 10 biji cili kering
  • 5 biji cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 2 biji buah keras
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit air

Cara Memasak

1)  Untuk menyediakan sambal, panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak

2)  Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan

3)  Untuk menyediakan ikan bakar, panaskan ketuhar pada 180°C

4)  Kemudian letakkan daun kunyit di atas aluminium foil dan letakkan sambal dan ratakan

5)  Seterusnya letakkan ikan di atas sambal dan tutup atas ikan dengan lebihan sambal

6)  Taburkan petai di atas sambal dan tutup dengan daun kunyit

7)  Akhir sekali balut ikan dengan aluminium foil dan bakar antara 20-25 minit

8)  Setelah masak hidang ikan dengan nasi panas serta ulam-ulaman

#2 - Sambal Hijau Petai Bilis

Sambal Hijau Petai Bilis

Hidangan sesuai untuk 4 ke 5 orang dengan anggaran kos RM15 sahaja.

Bahan-Bahan

  • 250 g ikan bilis (kopek)
  • 200 g cawan isi petai
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Minyak secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

Bahan Kisar

  • 6 biji cili hijau
  • 10 biji cili padi hijau
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah

Cara Memasak

1)  Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan

2)  Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan

3)  Menggunakan minyak yang sama tumis bawang merah bersama bahan kisar

4)  Kacau sehingga wangi dan pecah minyak

5)  Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata

6)  Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa

7)  Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing

8)  Angkat dan hidangkan

#3 - Sambal Petai Bersama Sotong

Sambal Petai Bersama Sotong

Bahan-Bahan

  • 300 g sotong (bersih dan buang kulit arinya)
  • 200 g isi petai
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 4 sudu makan pes cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

Bahan Kisar

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang kisar
  • 3 biji cili merah
  • 2 cm halia muda
  • 2 cm belacan (jika suka)

Cara Memasak

1)  Masukkan sotong dalam kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan

2)  Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan

3)  Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar

4)  Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak

5)  Masukkan petai dan sotong tadi. Kacau rata lebih kurang 2-3 minit

6)  Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya

7)  Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak seketika

8)  Angkat dan sedia dihidangkan

#4 - Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai

Bahan-Bahan

  • 200 g ikan bilis (kopek)
  • 200 g isi petai
  • 3 sudu makan tempoyak (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3-4 sudu makan minyak masak

Bahan Kisar

  • 15 biji cili padi
  • 3 tangkai cili merah
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara Memasak

1)  Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan

2)  Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan

3)  Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak

4)  Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit

5)  Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi

6)  Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya

7)  Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak

8)  Tutup api dan sedia dihidangkan

#5 - Semur Jering Bersama Daging

Semur Jering Bersama Daging

Bahan-Bahan

  • 300 g jering tua (buang kulit dan rebus)
  • 250 g daging (rebus dan hiris nipis)
  • 2 helai daun salam
  • 3 helai daun limau purut (carik-carikkan)
  • 1 batang serai (titik)
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu teh lada hitam (kisar kasar)
  • 1 sudu teh jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

Bahan Kisar

  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cm halia muda
  • 1 batang serai
  • 3 biji buah keras
  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili padi

Cara Memasak

1)  Panaskan minyak, goreng daging yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan, kemudian titik daging supaya lembut

2)  Seterusnya tumiskan bahan kisar bersama serai, daun salam dan daun limau purut hingga wangi

3)  Masukkan jering bersama daging goreng tadi. Kacau rata 2-3 minit

4)  Masukkan air asam, kicap pekat manis dan perasakan dengan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa

5)  Kecilkan api, kacau sehingga semur kering dan timbul minyak lebih kurang 2-3 minit lagi

6)  Tutup air dan semur sedia dihidangkan

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments