Drama Ali Alia Slot Tiara Astro Prima

Drama Ali Alia Slot Tiara Astro Citra

Astro akan bawakan sebuah drama melayu terbaru tahun 2021 bertaju Ali Alia yang akan bersiaran bermula 24 Ogos 2021 di slot Tiara Astro Prima HD.

Sebuah drama konflik kekeluargaan ini yang bakal menggantikan drama sebelumnya, Siapa Jaga Mak? yang merupakan drama dari seberang, negara Singapura.

Ali Alia diterbitkan menerusi idea asal daripada Rina Khan serta penulisan skrip yang terdiri daripada Shida Zali, Farhana Fauri dan Heyrisaa Heykal.

Manakala Heykal Hanifah bertanggungjawab sebagai sutradara dibawah terbitan Luqsar Kreatif Sdn. Bhd. bersama Pn. Hajah Bibi Hasnah Binti Mohammad Suraya Elai sebagai penerbit

Drama Ali Alia Slot Tiara Astro Citra

Drama 13 episod ini menampilkan barisan pelakon seperti Fimie Don, Erynne Erynna, Erra Fazira, Rashidi Ishak, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Fahrin Ahmad, Faradhiya, Usop Wilcha, Sabrina Ali, Ahmad Iswazir Ismail, Kodi Rasheed dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Ali Alia

Drama Ali Alia mengisahkan sepasang kembar adik beradik iaitu Ali (Fimie Don) dan Alia (Erynne Erynna).

Walaupun mereka pasangan kembar, tetapi Alia mengidap penyakit autism, manakala Ali hidup dalam keadaan seperti biasa. Oleh itu, Ali terus menjaga Alia setiap hari.

Drama Ali Alia Slot Tiara Astro Citra

Walaupun begitu, pada satu hari mereka bertekad untuk lari dari rumah berikutan keputusan Ibu Bapa mereka yang ingin bercerai dan sering bergaduh.

Konflik bermula apabila salah seorang daripada mereka telah diculik sebelum sempat sampai ke destinasi yang ingin dituju ketika lari dari rumah.

Keadaan menjadi lebih buruk, apabila ibu bapa pasangan kembar tersebut tidak berjaya jejaki anak mereka. Adakah mereka akan kembali bersatu?

Drama Ali Alia Slot Tiara Astro Citra

Waktu Siaran

Jangan lupa untuk tonton kesemua episod drama Ali Alia yang akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang di slot Tiara Astro Prima HD saluran 105.

Selain itu, anda masih boleh strim menggunakan Astro Go atau tonton secara On Demand untuk waktu yang lebih fleksibel selepas habis tayangan di tv

Post a Comment

Previous Post Next Post