Tonton Drama Sitik Tok Di TV3 Dan WeTV Malaysia

Tonton Drama Sitik Tok Di TV3 Dan WeTV Malaysia

Slot Samarinda kali ini akan diisi oleh sebuah drama baru, Sitik Tok yang telah mula bersiaran pada 22 Julai 2021 di TV3 bagi menggantikan drama Kampung Kolestrol. Ianya juga akan disiarkan secara striming menerusi WeTV Malaysia

Sitik Tok merupakan sebuah siri drama Malaysia 2021 yang bakal menghiburkan hari malam anda. Sebab kuat sangat main TikTok, nama pun dan ditukar jadi Sitik Tok tau.

Drama ini merupakan arahan Joon Goh serta dibintangi barisan pelakon seperti Scha Elinnea, Niezam Zaidi, Nelissa Nizam, Acong Sweetchild sebagai teraju utama.

Tonton Drama Sitik Tok Di TV3 Dan WeTV Malaysia

Selain daripada itu, antara pelakon lain yang terlibat seperti Zamaera, Kahoe Hon, Nadia Aqilah, Hafizul Kamal, Tria Aziz, Dee Alhadi, Syazlin Zainal, Aznie Azmi, Tony Eusoff dan ramai lagi.

Nadia Khan, Dayang Noor, Jarr Nadjmuddean dan Mamu Vies bertanggung jawab menyediakan skrip lakonan dibawah pihak produksi Wildsnapper TV dengan Joanne Lee sebagai penerbit.

Sinopsis Drama Sitik Tok

Drama Sitik Tok menceritakan Siti (Scha Elinnea), seorang gadis kampung periang dan ceria yang suka menari Tik Tok di merata ceruk sekitar kampungnya. 

Adakalanya Siti menari sewaktu orang menoreh getah, ketika ibunya membeli di pasar dan macam-macam lagi gaya Siti yang boleh ditonton dalam drama ini.

Tonton Drama Sitik Tok Di TV3 Dan WeTV Malaysia

Demi mengejar impiannya untuk menjadi Tik Tok Star yang terkenal, Siti meninggalkan kampung halaman untuk mencapat apa yang dihajatinya.

Siti bergerak dengan sepupunya Jaja (Nelissa Nizam) dan seorang rapper yang bercita-cita tinggi, Maru (Zamaera) ke Kuala Lumpur untuk mencapai apa yang dihajatinya. 

Dalam pengembaraan yang penuh keseronokan ini, dia bertemu dengan seorang jurugambar tampan bernama Shon (Niezam Zaidi).

Tonton Drama Sitik Tok Di TV3 Dan WeTV Malaysia

Beliau akhirnya mendapat peluang untuk mendaftar di akademi influencer ketika dia bertemu dengan 'role modelnya' Miss Rona (Nadia Aqilah).

Berjayakan Siti untuk menggapai cita-citanya untuk menjadi seorang Tik Tok Star?

Waktu Siaran

Drama 16 episod, Sitik Tok akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam dalam slot Samarinda TV3 mulai 22 Julai ini.

Jika terlepas, anda boleh tonton secara online menerusi aplikasi WeTV Malaysia atau wetv.vip sejurus selepas habis tayangan di tv, jam 11 malam secara percuma.

Tonton Drama Sitik Tok Di TV3 Dan WeTV Malaysia

Full Episod Drama Sitik Tok

Sitik Tok Episod 1

Sitik Tok Episod 2

Sitik Tok Episod 3

Sitik Tok Episod 4

Sitik Tok Episod 5

Sitik Tok Episod 6

Sitik Tok Episod 7

Sitik Tok Episod 8

Sitik Tok Episod 9

Sitik Tok Episod 10

Sitik Tok Episod 11

Sitik Tok Episod 12

Sitik Tok Episod 13

Sitik Tok Episod 14

Sitik Tok Episod 15

Sitik Tok Episod 16 (Akhir)


Post a Comment

Previous Post Next Post