Tiada Kebenaran Rentas Negeri Menggunakan Kelutusan Surat MITI Sehingga 21 Julai 2021

Tiada Kebenaran Rentas Negeri Menggunakan Kelutusan Surat MITI Sehingga 21 Julai 2021

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi tahu dimana tiadak pergerakan merentas negeri dengan menggunakan kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi tempoh 18 hingga 21 Julai 2021.

Keputusan ini dibuat susulan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tepoh 2 hari kebelakangan ini.

Bagi mengelakkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab daripada menyalahgunakan surat kebenaran MITI sebagai kelulusan merentas negeri untuk sambutan hari raya Aidiladha, semua sekatan jalan raya (SJR) sempadan negeri telah diarah agar meningkatkan penguatkuasaan.

Larangan Rentas Negeri Menggunakan Surat MITI

Oleh itu, semua SJR di sempadan-sempadan negeri akan diarah untuk tidak menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah bermula Ahad hingga Rabu bagi pergerakan rentas negeri.

Walaubagaimanapun, larangan ini tidak terpakai bagi urusan-urusan kecemasan dengan kebenaran polis serta urusan kesihatan termasuklah vaksinasi.

Mana-mana pihak yang ingkar, pihak PDRM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas tanpa kompromi.

Anda dinasihatkan untuk terus berada di rumah sekiranya tiada keperluan untuk keluar lagi-lagi untuk berhari raya bagi mengelakkan jangkiran wabak COVID-19.


sumber : PDRM

Post a Comment

Previous Post Next Post