Kedai Komputer & Telco, Kedai Buku dan Alat Tulis Dibenarkan Beroperasi Bermula Esok, 16 Julai

Kedai Komputer & Telco, Kedai Buku dan Alat Tulis Dibenarkan Beroperasi Bermula Esok, 16 Julai

Kerajaan hari ini, melalui Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri mengumumkan dimana kedai komputer, telekomunikasi, kedai buku dan kedai alat tulis dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 16 Julai 2021.

Pengumuman ini dibuat menerusi kenyataan media harian yang dikeluarkan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) & Perintah kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selepas sidang khas MKN berlangsung.

Selain itu, kebenaran beroperasi ini juga dibuat selepas mengambil kira maklumbalas pelajar, ibubapa serta tenaga pengajar dan untuk memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan PdPR tanpa gangguan.

Umum sedia maklum, sejak PKP 3.0 atau PKP Penuh dilaksanakan, semua kedai komputer dan kedai buku & alat tulis tidak dibenarkan beroperasi kerana bukan berada dalam perkhidmatan perlu (essential services).

Jadi sejak daripada itu, ramai yang mengeluh kerana tidak boleh dapatkan peralatan tulis untuk sesi PdPR dan juga membaiki peranti sekiranya berlaku kerosakan. 

Kebenaran Pergerakan Dari Kawasan PKPD Untuk Mengambil Peperiksaan

Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran PDRM bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan professional.


sumber : MKN

Post a Comment

Previous Post Next Post