Saksikan Drama Komedi, Penghulu Interim Di Awesome TV (Dramedi)

drama penghulu interim awesome tv

Hujung minggu anda kini tidak membosankan lagi. Awesome TV membawakan sebuah drama komedi, Penghulu Interim yang akan mula bersiaran pada 31 Julai 2021 menerusi slot Dramedi yang diterbitkan oleh Red Bean Production Sdn. Bhd.

Dalam cerita ni, kita akan dapat lihat bagaimana Beto Kusyairy yang kita kenal dengan watak serius atau gangster sebelum ni bertukar kepada watak komedi. Berpasangan sebagai suami isteri bersama Nadiya Nisaa.

drama penghulu interim awesome tv

Filem arahan Khan Mancung menampilkan barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Natasya Charmaine, Issey, Nizam Kama, Rayza Mukmin, Roy Azman, Rosli Rahman, Ebby Yus dan ramai lagi.

Manakala skrip bagi drama Penghulu Interim ditulis oleh Aloy Paradoks dan Issey Fazlihsham serta Hana Farahin merupakan penerbit untuk karya Awesome TV kali ini.


Sinopsis Drama Penghulu Interim

Penghulu Interim mengisahkan kehidupan masyarakat bandar yang tinggi di Flat Sri Kenanga. Terdapat sepasang suami isteri iaitu Borhan (Beto Kusyairi) seorang juruteknik kilang dan isterinya, Izzah (Nadiya Nisaa) seorang jururawat di hospital kerajaan.

drama penghulu interim awesome tv

Selepas Pak Ladin koma akibat terlalu banyak menghisap rokok, Borhan telah dilantik sebagai Pengerusi JKK yang baru bagi menggantikan beliau. Dalam masa yang sama Borhan juga mengalami krisis rumahtangga.

Borhan dicemburui oleh Kasim (Roy Azman) seorang peniaga buah dan Zul Speaker (Issey) seorang freelance deejay kenduri kahwin dan tokey set karaoke. Tapi mujur ada Pak Abu Pencen  (Rosli Rahman) selaku bendahari JKK.

Dalam drama ini terdapat banyak isu dan jalan cerita yang dihadapi oleh mereka. Jadi siapakan yang akan menjadi penghulu Interim di Flat Sri Kenanga ini nanti?

drama penghulu interim awesome tv

Waktu Bersiaran

Drama 24 episod Penghulu Interim akan bersiaran di slot Dramedi setiap Jumaat hingga Ahad (mulai 31 Julai), pada pukul 9.00 malam di Awesome TV saluran Astro 123 dan MyTV 112. Anda juga saksikan menerusi laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my

Tonton Drama Penghulu Interim (Full Episod)

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4

Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8

Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16

Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20

Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 (Akhir)

Post a Comment

Previous Post Next Post