5 Aneka Pilihan Resepi Daging Sempena Raya Aidiladha

resepi daging aidiladha

Hari Raya Aidiladha merupakan waktu bagi umat Islam menjalani ibada korban bagi yang tidak berkesempatan melakukan Haji. Jadi daripada itu, terdapat pelbagai resepi dan jenis masakan yang boleh dimasak menggunakan sembelihan korban tersebut.

Aidiladha pastinya merupakan hari penuh bermakna yang disambut oleh umat islam di seluruh dunia termasuk Malaysia. Ianya merupakan antara perayaan umat Islam selain daripada Hari Raya Aidiladha.

Jadi untuk kali ini khas untuk anda, senarai resepi yang boleh dimasak menggunakan daging, paru, perut dan tulang yang sangat sedap dan mudah disediakan di rumah sahaja. Pastinya menyerikan lagi Aidiladha dan hari-hari anda dengan lauk pauk korban.

Aneka Pilihan Resepi Sembelihan Korban Sempena Raya Aidiladha

#1 - Kari Tulang Tanpa Santan

Kari Tulang Tanpa Santan

Penyediaan dianggarkan untuk 6 orang makan. Paling unik, masakan ini tidak menggunakan santan.

Bahan-Bahan

  • 500g tulang lembu (rebus hingga empuk)
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis (ditumbuk halus)
  • 3 sudu makan serbuk kari daging (tambah sedikit air untuk dijadikan pes)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 biji tomato
  • 2 biji ubi kentang
  • 2 biji cili hijau
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Air rebusan tulang
  • Minyak untuk menumis

Bahan Kisar

  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lenkuas

Cara Memasak

1)  Panaskan minyak masak dan tumis rempah empat sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis. Tumis seketika

2)  Masukkan pes rempah kari. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak

3)  Seterusnya masukkan tomato dan sedikit air rebusan tulang. Kacau dan biarkan mereneh hingga pecah minyak

4)  Masukkan tulang dan sebatikan. Kacau sehingga tulang mesra bersama rempah

5)  Masukkan air rebusan tulang dengan secukupnya, ubi kentang dan cili hijau. Kacau dan biarkan mendidih dan kentang menjadi empuk

6)  Perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa dengan secukupnya

7)  Angkat dan sedia untuk dinikmati

#2 - Masak Pedas Paru

Masak Pedas Paru

Bahan-Bahan

  • 400g paru (rebus hingga empuk dan dipotong nipis)
  • 1 biji bawang holland (hiris)
  • 2 biji cili merah (hiris)
  • 5 biji cili padi hijau
  • 2 sudu makan sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis
  • Sedikit bawang goreng

Bahan Kisar

  • 10 tangkai cili kering
  • 2 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara Memasak

1)  Panaskan minyak dan goreng paru seketika. Angkat dan ketepikan.

2)  Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing

3)  Masukkan garam, gula cukup rasa dan sos cili. Kacau lagi hingga sambal berubah warna

4)  Masukkan hirisan paru, bawang holland, cili merah dan cili hijau. Kacau lagi hingga semua bahan sekata dan sebati

5)  Angkat, tabur sedikit bawang goreng dan sedia dinikmati

#3 - Daging Goreng Rempah

Daging Goreng Rempah

sumber gambar : Dee Diana Dayen

Bahan-Bahan

  • 400g daging
  • 5 ulas bawang putih (tumbuk halus)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 1/2 sudu makan serbuk kari daging
  • 10 biji cili padi
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Sedikit air
  • Minyak masak secukupnya

Cara Memasak

1)  Potong daging nipis-nipis. Bersihkan dan toskan selama hingga daging kering. Ketepikan

2)  Panaskan minyak. Goreng daging hingga lembut. Kemudian masukkan sedikit air. Biar hingga air kering

3)  Masukkan bawang putih, serbuk kari daging, cili padi, sedikit garam dan lada hitam. Gaul hingga sebati

4)  Bila daging kelihatan sedikit garam, masukkan pula sos tiram dan hirisan bawang besar. Gaul hingga bawang sedikit layu

5)  Angkat dan sedia untuk dinikmati

#4 - Kerabu Perut Bersantan

Kerabu Perut Bersantan

Bahan-Bahan

  • 600g perut lembu (direbus dan dihiris)
  • 6 biji bawang merah (tumbuk halus)
  • 1 sudu teh lada hitam (tumbuk halus)
  • 3 batang serai (tumbuk)
  • 2 cawan santan pekat (dipanaskan seketika)
  • 1 cawan kelapa parut (disangai tanpa minyak hingga keperangan)
  • 3 biji jus limau nipis
  • 1 tangkai daun ulam raya (hiris)
  • 3 batang kacang botol (hiris)
  • 3 tangkai kacang panjang (hiris)
  • 1 ikat pucuk gajus (hiris)
  • 4 biji cili padi (hiris)
  • Garam secukup rasa
  • Gula jika perlu

Cara Memasak

1)  Tumbuk bawang merah, serai dan lada hitam hingga lumat

2)  Satukan bahan tumbuk dan perut yang telah dihiris ke dalam bekas. Gaul rata

3)  Masukkan hirisan ulam raja, kacang botol, kacang panjang, pucuk gajus dan cili padi

4)  Tambahkan juga kepala parut yang telah disangai dan juga santan. Gaul hingga sebati

5)  Perahkan jus limat nipis dan perasakan dengan garam serta gula jika perlu. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan

#5 - Daging Bistik

Daging Bistik

Saiz hidangan ini disediakan untuk 7 orang makan. Aroma sos tomato serta rempah menjadikan hidangan ini begitu enak

Bahan-Bahan

  • 500g daging (hiris)
  • 4 biji bawang merah (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 biji cili merah (hiris)
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 biji bawang besar (dadu halus)
  • 2 sudu makan puri tomato
  • 2 biji ubi kentang (potong kecil dan goreng seketika)
  • 1 mangkuk kecil sayur campur
  • 2 cawan air
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan Berap

  • 4 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan sos lada hitam
  • Sedikit garam

Cara Memasak

1)  Perap daging berasa bahan perapan dan biarkan selama beberapa jam

2)  Panaskan minyak masak dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bawang merah dan bawang putih hingga naik bau

3)  Kemudian masukkan daging yang diperap tadi. Masak hingga daging berubah warna

4)  Tambahkan air dan puri tomato. Kacau sekata dan biarkan daging hingga empuk dan air jadi sedikit kering

5)  Tambahkan sayur campur dan ubi kentang yang telah digoreng. Kacau lagi hingga sebati

6)  Akhir sekali, perasakan dengan sedikit garam, serbuk perasa, bawang besar dan hirisan cili. Kacau lagi hingga semua bahan layu dan sekata

7)  Angkat dan hidangkan. Sedia untuk dinikmati.


Selamat mencuba...

Post a Comment

Previous Post Next Post