Saksikan Drama Cukup Derita Itu 2 Di TV3 (Slot Samarinda)

Drama Cukup Derita Itu Di TV3 (Slot Samarinda)

Sebuah lagi karya Siti Rosmizah akan ditayangkan di TV iaitu melalui drama Cukup Derita Itu yang akan menemui penonton bermula 6 Mei 2021 di slot Samarinda TV3 serta melalui aplikasi iQIYI Malaysia.

Kini drama Cukup Derita Itu 2 bakal ditayangkan semula bermula 15 November 2021 yang merupakan kesinambungan daripada sebelumnya.

Drama ini merupakan adaptasi novel bertaju 'Cukup Derita Itu' karya Siti Rosmizah yang mendapat sambutang yang hebat ketika ianya diterbitkan pada tahun 2014. Kali ini diangkat pula ke dunia lakonan.

Sutradara Along Kamaludin bertanggungjawab mengarahkan drama ini bersama-sama barisan pelakon utama seperti Hisyam Hamid, Ruhainies dan Chacha Maembong. Pasti ramai dah tak sabar untuk menonton drama ini.

Sinopsis Drama Cukup Derita Itu

Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan pasangan pasangan kembar Ellani (Ruhanies) dan Ellana (Chacha Maembong) yang telah ketiadaan kedua ibubapa. Kini ianya dibesarkan oleh ibu saudara mereka, Mak Ngah Gayah (Jasmin Hamid).

Walaupun dibesarkan oleh ibu saudaranya, Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Dimana, Ellana dilayan bagaikan puteri dan baik-baik sahaja manakala Ellani dilayan seperti hamba dan selalu menyeksanya.

Drama Cukup Derita Itu Di TV3 (Slot Samarinda)

Kini bila tiba dewasa, Ellana telah bertemu dengan Zarul Zafran (Hisyam Hamid) seorang lelaki tampan yang juga merupakan seorang pensyarah. Dalam itu jugalah, terbitanya rasa cinta pandang pertama yang mana telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tetapi Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan. 

Selepas itu, Zarul tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamarnya untuk dijadikan isterinya. Ellani tidak keruan manakan bakal abang iparnya ingin menjadi suaminya pula. Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.

Drama Cukup Derita Itu Di TV3 (Slot Samarinda)

Disebabkan itu juga, Makngahnya serta Ellana berdendam kepada Ellani dan menyebabkan hidupnya penuh duka dan lara.Manakan tidak, lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan cintakan semula Ellana hingga sanggup menceraikannya. Dia diceraikan hanya melalui SMS.

Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya? Saksikan episod drama Cukup Derita Itu hanya di TV3.

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membarisi drama Cukup Derita Itu ialah Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias, Lia Natalia, Dian P. Ramlee, Rosnah Johari, Farhan Asri dan ramai lagi.

Drama Cukup Derita Itu Di TV3 (Slot Samarinda)

OST Drama

Terdapat 2 runut bunyi bagi drama ini iaiu lagu Cukup Derita itu nyanyian Siti Nordiana dan lagu Pergilah Derita nyanyai daripada Asfan Shah & Lia Aziz

Pengarah Dan Produksi

Drama Cukup Derita itu diarahkan oleh Along Kamaludin dengan syarikat produksi SR One Sdn. Bhd. Siti Rosmizah juga bertindak sebagai penulis skrip bersama-sama Falriqz Naail dan Zuyyin.

Drama Cukup Derita Itu Di TV3 (Slot Samarinda)

Waktu Siaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama 40 episod, Cukup Derita Itu yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3 mulai 6 Mei ini. Anda juga boleh saksikan secara online di TONTON.

Saksikan drama Cukup Derita Itu 2 setiap isnin hingga khamis, jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3 dan iQIYI bermula 15 November ini.

Aplikasi iQIYI dan website ww.iq.com juga akan menayangkan drama ini iaitu pada jam 11 malam khusus untuk pengguna VIP dahulu, kemudian selepas 24 jam anda boleh tonton secara percuma.

Tonton Episod Penuh Drama Cukup Derita Itu


Post a Comment

Previous Post Next Post