Saksikan Drama Diva Popular Di Awesome TV (Dramatix)

Drama Diva Popular Di Awesome TV (Dramatix)

Kali ini melalui slot Dramatix, Awesome TV membawakan drama Diva Popular yang telah mula bersiaran pada 17 Mei 2021 yang lalu. Tapi anda boleh tonton semula menerusi laman web Awesome TV seperti yang dikongsikan dibawah.

Mungkin anda pernah saksikan filem Pengantin Popular iaitu sekitar tahun 1994 yang lalu. Filem yang mengisahkan konflik antara 2 diva tanah air ketika itu yang pernah mengemparkan industri hiburan iaitu Fauziah Ahmad Daud dan Erma Fatima.

Jadi susulan adegan itu, selepas 27 tahun, kisah pertelingkahan ini kembali berterusan dan kali ini di dalam drama Diva Popular yang dihasilkan oleh Awesome TV ini pula.

Drama Diva Popular Di Awesome TV (Dramatix)

Sinopsis Drama Diva Popular

Drama Diva Popular mengisahkan pertelingkahan yang tiada kesudahan di antara anak-anak Diva Popular Dato Rona Alfonso (Erma Fatima) dan Lola Kartika (Fauziah Ahmad Daud) yang merupakan musuh sejak azali. Bukan hanya dalam bidang lakonan malah turut bersaing dalam semua perkara termasuk perebutan seorang lelaki yang sama suatu ketika dahulu sehingga tercetusnya perang besar antara mereka.

Kini, sejarah 27 tahun itu berulang kembali apabila perkara yang sama berlaku kepada anak mereka iaitu Ika Natalia (Tiz Zaqyah) dan Erma Erika (Nabila Huda). Kedua-duanya merupakan pelakon sedang meningkat naik berebutkan seorang pelakon lelaki bernama Syazwan (Ben Amir).

Drama Diva Popular Di Awesome TV (Dramatix)

Erma Erika mempunyai ramai pengikut di sosial media. Dia digambarkan pelakon kayu yang tidak berbakat dan masa sama bergelar Youtuber dengan suara ke laut. Ika Natalia pula pernah merangkul anugerah berpaksikan popular dan kini bercita-cita untuk menjadi pelakon terbaik.

Malangnya, Ika Natalia tidak berdisiplin dan dalam masa sama hanyut bercinta dengan Syazwan. Pertelingkahan antara Ika Natalia dan Erma Erika telah melibatkan kedua ibu mereka, Dato Rona Alfonso dan Lola Kartika yang menyebabkan perang besar tercetus kembali.

Drama Diva Popular Di Awesome TV (Dramatix)

Barisan Pelakon

Drama Diva Popular masih mengekalkan Fauziah Ahmad Daud dan Erma Fatima sebagai penggerak dan pelakon utama serta teraju bagi drama ini. Disamping berlakon bersama Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Ben Amir, Syafiq Kyle, Iqram Dinzly, Jabir Meftah dan ramai lagi.

Drama Diva Popular Di Awesome TV (Dramatix)

Produksi Dan Pengarah

Drama ini merupakan arahan Rashid Sibir terbitan Rumah Karya Citra. Manakala skripnya pula ditulis sendiri oleh Erma Fatima dan diterbitkan oleh Awesome TV.

Drama Diva Popular Di Awesome TV (Dramatix)

Waktu Tayangan

Drama Diva Popular dengan 21 episod ini mula ditayangkan pada 17 Mei yang lalu iaitu setiap Isnin hingga Jumaa, jam 7.00 malam di slot Dramatix di Awesome TV, salurang Astro 123 dan MyTV 112.

Anda juga boleh tonton semula di website Awesome TV di www.awesometv.my selepas habis tayangan di TV.

Tonton Drama Diva Popular (Semua Episod)

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4

Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8

Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16

Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20

Episod 21 (Akhir)


Post a Comment

Previous Post Next Post