5 Resepi Mufin Pelbagai Perisa Sajian Istimewa Buat Tetamu

5 Resepi Mufin Pelbagai Perisa

Jika anda ingin hidangkan makanan sampingan ketika acara majlis, anda boleh sediakan juadah mufin pelbagai perisa istimewa buat tetamu. Ini 5 resepi untuk anda cuba.

Ada ingin adakan acara majlis dalam waktu terdekat atau ingin adakan rumah terbuka tetapi ingin mencari kudapan atau makanan sampingan yang mampu memenuhi selera tetamu tidak kira usia. Anda boleh sediakan juadah mufin ini.

Dengan pelbagai variasi dan perisa yang anda boleh hasilkan dengan mufin, pastinya dapat memenuhi selera tetamu yang hadir. Jadi jom kita tengok 5 resepi mufin pelbagai perisa sajian istimewa.

5 Resepi Mufin Pelbagai Perisa

Ini 5 resepi mufin untuk anda cuba. Kesemua bahan yang digunakan adalah untuk saiz hidangan 9-12 biji mufin

#1 - Mufin Pisang

Mufin Pisang

Bahan-Bahan

  • 350g tepung gandum
  • 25g tepung naik sendiri
  • 115g gula
  • 55g mentega
  • 1 biji telur
  • 225ml susu segar
  • 150g pisang

Cara Memasak

1)  Putar telur dan gula sehingga kembang

2)  Masukkan bahan kering seperti tepung gandum, tepung naik sendiri dan pisang yang dilenyek. Gaul sekata

3)  Akhir sekali, masukkan mentega yang telah dicairkan, susu segar dan gaul lagi sehingga sebati

4)  Masukkan adunan ke dalam cawan atau cup mufin yang sesuai

5)  Bakar dengan suhu 190°C selama 13-15 minit

6)  Keluarkan dan sedia dihidangkan

#2 - Mufin Bluberi

Mufin Bluberi

Bahan-Bahan

  • 75g tepung gandum
  • 50g blueberi segar
  • 25g gula
  • 5g tepung naik sendiri
  • 1 biji telur
  • 30g mentega
  • 85ml susu segar
  • 3g esen vanila
  • 1g garam
  • Cawan mufin secukupnya

Cara Memasak

1)  Putar telur, esen vanila dan gula sehingga kembang

2)  Masukkan pula tepung gandum, tepung naik sendiri, garam dan blueberi segar dan putar lagi

3)  Akhir sekali, masukkan mentega yang telah dicairkan dan susu segar dan kacau sehingga sebati

4)  Setelah itu, masukkan adunan ke dalam acuan atau cup mufin yang sesuai

5)  Bakar dengan susu 190°C selama antara 13-15 minit. Keluarkan dan sedia dihidangkan

#3 - Mufin Vanila

Mufin Vanila

Bahan-Bahan

  • 350ml tepung gandum
  • 25g tepung naik sendiri
  • 115g gula
  • 55g mentega
  • 1 biji telur
  • 225ml susu segar
  • Cawan mufin secukupnya
  • Perasa vanila

Cara Memasak

1)  Putar telur dan gula sehingga kembang

2)  Masukkan bahan kering seperti tepung gandum dan tepung naik sendiri

3)  Akhir sekali masukkan mentega yang telah dicairkan, susu segar dan sedikit perisa vanila, gaul sehingga sebati

4)  Masukkan aduna ke dalam cawan mufin

5)  Bakar dengan suhu 190°C selama 13-15 minit

6)  Keluarkan dan sedia dihidangkan

#4 - Mufin Kismis

Mufin Kismis

Bahan-Bahan

  • 75g kismis
  • 60g mentega
  • 75g tepung gandum
  • 50g tepung wholemeal
  • 7.5g tepung naik sendiri
  • 5g serbuk kayu manis
  • 40g Oatmeal Bran
  • 50g gula perang
  • 1 biji telur
  • 250ml susu segar
  • Secubit garam
  • Cawan muffin secukupnya

Cara Memasak

1.  Putar telur dan gula perang sehingga kembang

2.  Masukkan bahan kering seperti tepung gandum, tepung naik sendiri, soda bikarbonat, tepung wholemeal, serbuk kayu manis, oatmeal bran, garam dan kismis yang dicincang

3.  Akhir sekali, masukkan susu segar dan mentega yang dicairkan sehingga sebati

4.  Masukkan adunan ke cawan mufin yang sesuai

5.  Bakar dengan suhu 190°C selama 13-15 minit

6.  Keluarkan dan sedia dihidangkan

#5 - Mufin Coklat

Mufin Coklat

Bahan-Bahan

  • 100g mentega
  • 125 gula
  • 2 biji telur
  • 125g susu segar
  • 250g tepung gandum
  • 5g soda bikarbonat
  • 50g serbuk koko
  • Cawan muffin secukupnya

Cara Memasak

1)  Putar telur dan gula sehingga kembang

2)  Masukkan bahan kering seperti tepung gandum, soda bikarbonat dan sebuk koko

3)  Akhir sekali, masukkan mentega yang telah dicairkan dan susu segar, gaul sehingga sebati

4)  Masukkan adunan ke dalam cup mufin yang sesuai

5)  Bakar dengan suhu 190°C selama 13-15 minit

6)  Keluarkan dan sedia dihidangkan


Selamat mencuba...

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments