Senarai Masjid Yang Memenangi Anugerah Masjid Malaysia Tahun 2021

Senarai Masjid Yang Memenangi Anugerah Masjid Malaysia Tahun 2021

Sempena acara Anugerah Masjid Malaysia (AMM) 2021, Masjid Sharifah Fatimah, Jitra, Kedah telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Perdana Standard Penarafan Masjid Malaysia dalam Anugerah Masjid Malaysia.

AMM merupakan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang juga telah disiarkan secara langsung melalui salurang TV AlHijrah pada Jumaat, 12 Mac 2021. Ianya juga turut boleh disaksikan melalui facebook live di TVAlHijrah.

Anugerah Masjid Malaysia 2021 telah disertai 2 wakil masjid dari setiap negeri yang mana masjid ini juga pernah memenangi beberapa anugerah pada peringkat negeri sebelum ini termasuklah pemenang anugerah perdana ini.

Selepas penilaian yang dibuat oleh panel penilai akhirnya Masjid Sharifah Fatimah, Jitra Kedah telah memenangi anugerah utama yang juga sebelum ini pernah dinobat sebagai masjid terbaik peringkat negeri. 

Senarai Masjid Yang Memenangi Anugerah Masjid Malaysia Tahun 2021

Masjid tersebut telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 beserta trofi dan sijil penyertaan sebagai penghargaan. Ini pastinya memberika suntikan semangat kepada masjid-masjid lain di seluruh Malaysia untuk mengajak lebih ramai jemaah untuk mengimarahkan masjid terutamanya untuk lakukan solat secara berjemaah. Untuk rekod, di Malaysia kini terdapat lebih kurang 6464 buah masjid yang telah berdaftar.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh telah selamat menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam acara yang begitu bermakna terutamanya dalam institusi masjid.

Senarai Pemenang Bagi Lain-Lain Kategori Dalam Anugerah Masjid Malaysia 2021

Selain daripada anugerah perdana, terdapat lain-lain kategori yang dipertandingkan dan kesemua pemenang telah membawa pulang wang tunai RM20,000, trofi dan sijil penyertaan.

Anugerah Pengurusan Dinamik
Masjid Saidina Abu Bakar, Wilayah Persekutuan

Anugerah Masjid Berkebajikan
Masjid Kota Damansara, Selangor

Anugerah Landskap Komersial
Masjid Jamek Pengkalan Hulu, Perak

Anugerah Mesra Komuniti
Masjid As-Sobirin, Perlis

Anugerah Pengurusan Bestari
Masjid Sharifah Fatimah, Kedah

Anugerah Pengimarahan Kreatif
Masjid Dato’ Kelana Petra, Negeri Sembilan dan Masjid Abdullah Fahim, Pulau Pinang

Anugerah Kelestarian Komuniti
Masjid Ar-Rahmah, Melaka

Anugerah Pengimarahan Berimpak
Masjid Al-Jawahir, Johor

Anugerah Pengimarahan Solat
Masjid Taman Temerloh Jaya, Pahang

Anugerah Khidmat Komuniti
Masjid Nur Bakti, Terengganu

Anugerah Komuniti Prihatin
Masjid Ismail Petra, Kelantan

Anugerah Pengimarahan Etnik
Masjid An-Nur, Sarawak

Anugerah Pengimarahan Strategik
Masjid Imam Haji Awang Hashim, Sabah


sumber : alhijrahnews.com

Post a Comment

Previous Post Next Post