Saksikan Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Di TV3 (Slot Lestary)

Saksikan Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Di TV3 (Slot Lestary)

Slot Lestary disambung kembali dengan drama baru bertajuk Romantika 4 Hari 3 Malam yang akan ditayangkan di TV3 bermula 10 Mac 2021 nanti. Drama romantis pula akan menemui penonton bagi menggantikan drama ulang siar sebelum ini Semua Salahku.

Drama Romantika 4 Hari 3 Malam merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Wizana Emilia tahun 2018. Drama arahan Nizam Zakaria ini menampilkan barisan pelakon seperti Amelia Henderson, Sean Lee, Syafitee dan ramai lagi. 

Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary TV3 dan WeTV Malaysia
Pengarah : Nizam Zakaria
Skrip : Wizana Emilia
Terbitan : Wiranusa Corporation Sdn Bhd

Romantika 4 Hari 3 Malam

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Amelia Henderson, Sean Lee, Syafi Tee, Oshin Ahmad, Nynaa Harizal, Daniesh Suffian, Dottie, Wafariena Roslan, Izzendra, Jesse Lim, Aida Aris, Lisdawati, Sahronizam Noor dan ramai lagi

Produksi

Drama ini diarahkan oleh Nizam Zakaria hasil daripada skrip yang ditulis oleh Wizana Emilia. Ianya telah diterbitkan oleh syarikat Wiranusa Corporation Sdn Bhd

OST Drama

Lagu : Masih Ada
Penyanyi : Naqiu

Sinopsis Drama Romantikan 4 Hari 3 Malam

Lana Analia (Amelia Henderson) memang menjadi impiannya untuk menjadi seorang wartawan yang hebat. Dia ditugaskan untuk menulis rencana untuk ruangan Blind Date. Janji temu demi janji temu diatur. Setiap kali itu, dia berharap agar dipertemukan dengan lelaki sempurna. Namun entah apa malangnya, lelaki-lelaki yang ditemuinya ada sahaja yang tidak kena. Playboy, cakap besar, anak manja, sombong, selekeh, pengotor dan macam-macam lagi. Psiko pun ada! Menerusi artikelnya disampaikan setiap kekecewaan itu. Terus-terusan pula rencananya mendapat pujian dan semakin diminati sehingga namanya dikenali ramai.

Tanpa diduga, hadiah percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian yang dimenanginya mencipta pertemuan tanpa dirancang. Seorang lelaki yang dianggapnya panas baran telah berjaya mencuri hati dan jiwanya. Segala-galanya cukup indah sepanjang 4 hari 3 malam di pulau itu.

Namun, kata cinta tidak sempat dilafaz. Salah faham menyebabkan Amar (Sean Lee) pulang lebih awal. Lana kehairanan kerana ditinggalkan tanpa pesan. Berkali-kali cuba dihubungi lelaki itu, tapi Amar seolah-olah hilang begitu sahaja. Lana putus harap. Dia cuba meneruskan hidupnya seperti biasa, namun percutian itu telah mengubah dirinya. Rindu dan cintanya terlalu dalam buat Amar. Kenangan demi kenangan begitu payah dilupakan.

Lana penat dan hampir berputus asa. Satu demi satu berlaku. Kisah cinta yang tidak kesampaian, konflik, tragedi serta pembunuhan kejam. Juga kisah tentang lelaki misteri yang menghantar warkah-warkah biru yang cukup menakutkan. Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya. Percutian indahnya bersama Amar dijadikan bahan coretan terakhirnya dalam ruangan Blind Date. Sempatkah lafaz cinta yang tertangguh diucapkan? Mampukah kenangan indah di Pulau Impian diulang kembali?

Saksikan Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Di TV3 (Slot Lestary)

Waktu Siaran

Jadi kepada peminat drama melayu tempatan, jangan lupa saksikan drama Romantika 4 Hari 3 Malam bermula 10 Mac ini yang disiarkan setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam melalui slot Lestary TV3. Atau anda boleh strim melalui Tonton secara online.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara online di aplikasi WeTV atau di website wetv.vip sejurus selepas habis tayangan di tv (pukul 10 malam).

Tonton Drama 4 Hari 3 Malam (Full Episod)

Romantika 4 Hari 3 Malam Episod 1

Romantika 4 Hari 3 Malam Episod 2

Romantika 4 Hari 3 Malam Episod 3

Romantika 4 Hari 3 Malam Episod 4

Romantika 4 Hari 3 Malam Episod 5

Romantika 4 Hari 3 Malam Episod 6

Romantika 4 Hari 3 Malam Episod 7

Romantika 4 Hari 3 Malam Episod 8

Romantika 4 Hari 3 Malam Episod 9

Romantika 4 Hari 3 Malam Episod 10

Romantika 4 Hari 3 Malam Episod 11

Romantika 4 Hari 3 Malam Episod 12

Romantika 4 Hari 3 Malam Episod 13 (Akhir)

Post a Comment

Previous Post Next Post