Tonton Semua Episod Drama Ramadan Pertama Edi Di Astro Ria

Drama Ramadan Pertama Edi Di Astro Ria

Ramadan Pertama Edi sebuah drama Gempak Original Series selepas tayangan The Maid yang akan disiarkan bermula 31 Mac ini di saluran Astro Ria dan Astro Go. Ini merupakan siri yang kedua pula daripada Astro Gempak.

Drama ini juga nampaknya sangat menarik apabila menceritakan keadaan PKP dan dalam masa yang sama dalam bulan puasa atau bulan Ramadan. Selain itu juga, Datuk Aznil Hj Nawawi atau yang mesra dipanggil Pak Nil juga turut berlakon dalam drama siri ini. Mungkin dah ramai yang rindu akan kemunculan beliau kembalikan.

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membarisan drama Ramadan Pertama Edi ini ialah Redza Rosli, Mimi Landa, Datuk Aznil Hj Nawawi, Elly Mazlein, Raja Azura, Abon, Datin Lisa Surihani dan ramai lagi.

Drama Ramadan Pertama Edi Di Astro Ria

Produksi

Datuk Yusry Abdul Halim bersam-sama Ezrie Hakimie bertanggungjawab bagi membawa cerita ini sebagai pengarah dengan terbitan Yureka Films beserta kerjasama bersama Astro Gempak.

Sinopsis Drama Ramadan Pertama Edi

Siri Ramadan Pertama Edi mengisahkan tentang Edi (Redza Rosli) dan Nad (Mimi Lana). Selepas 2 bulan berkenalan dan bercinta, Edi dan Nad terus berkahwin. Bercinta ketika musim PKPB, membuatkan mereka jarang berjumpa serta tidak sempat kenali isi hati budi masing-masing secara mendalam.

Namun setelah tinggal bersama, Edi dan Nad mula sedar perangai pasangan masing-masing. Edi sejenis yang sukar hendak serius dan berterus terang manakala Nad pula jenis yang cerewet dan perfectionist (semuanya nak sempurna).

Nad kini sedang hamil 6 bulan dan bakal pulang ke rumah bapanya, Pak Sobri (Pak Nil) beberapa hari sebelum Ramadan. Disebabkan PKP, Nad dan Edi terpaksa berpuasa di rumah Pak Sobri selama 2 minggu.

Masalah timbul disitu kerana Edi sebenarnya cukup susah untuk berpuasa. Pelbagai masalah dan konflik yang berlaku namun apa pengakhirannya? Di rumah itu juga, Edi dikejutkan dengan beberapa rahsia keluarga Nad. Dapatkah Edi memikat hati bapa mertuanya? Nantikan...

Drama Ramadan Pertama Edi Di Astro Ria

Waktu Tayangan

Jangan lupa saksikan siri original Gempak, Ramadan Pertama Edi yang disiarkan setiap Rabu, jam 9.30 malam mulai 31 Mac 2021 di Astro Ria (CH 124) dan Ria HD (CH 104). Jika terlepas, anda boleh tonton secara On Demand atau melalui aplikasi Astro Go.


sumber : rancangantivi.com

Post a Comment

Previous Post Next Post