Tahun 2021, TV3 kembalikan semula tayangan atau ulang siar drama Pujaan Hati Kanda melalui slot Akasia TV3. Drama ini pernah disiarkan pada tahun 2018 dan menjadi antara drama yang mendapat jumlah tontonan yang tinggi sebelum ini. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Rahimah Tanpa Rahim.
Drama Pujaan Hati Kanda merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama Pujaan Hati Kanda karya Aulia Iman yang juga diterbitkan pada tahun 2016.
Selain daripada jalan cerita yang menarik, drama ini juga mempunyai penarik daripada barisan pelakonnya. Manakan tidak, Remy Ishak dan Mira Filzah merupakan watak utama dalam cerita ini.
Episod : 28
Tayangan : TV3 (Slot Akasia)
Pengarah : Eoon Shuhaimi
Skrip : Intan Zarina Mohd Yasin
Penerbit : Arisz Ab Rahman
Terbitan : Mache All Star United
Pelakon : Mira Filzah, Remy Ishak, Sarah Hildebrand ,Aydeen Mikael, Azar Azmi, Syazwan Zulkifli, Elisya Sandha dan ramai lagi
OST Drama
Lagu : Pujaan Hati
Penyanyi : Adira
Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda
Drama Pujaan Hati Kanda mengisahkan Megat Danish/Danny (Remy Ishak), seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima sebuah 'hadiah' iaitu seorang bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran.
Calon isterinya, Nadine (Sarah Hildebrand) enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu. Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqy (Aydeen Mikael) sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqy dan benarkah Rizqy itu anak kandungnya.
Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.
Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.
Waktu Siaran
Drama Pujaan Hati Kanda akan mula bersiaran pada 3 Mac 2021 yang akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Ahad, pukul 7 malam melalui slot Akasia TV3. Anda juga boleh strim melalui Tonton dan Youtube TV3 Malaysia secara percuma.
Tonton Drama Pujaan Hati Kanda (Full Episod)
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4
Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8
Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12
Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16
Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20
Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Episod 25 | Episod 26 | Episod 27 | Episod 28 (Akhir)