Senarai Lokasi Panggung Wayang Yang Ada Jualan Popcorn GSC

Senarai Lokasi Panggung Wayang Yang Ada Jualan Popcorn GSC

Demi kelangsungan sektor industri tayangan, GSC kini berubah arah dengan menjual makanan popcorn yang pastinya menjadi kegemaran rakyat Malaysia terutamanya ketika tontonan filem di panggung wayang.

Inilah hakikat industri tayangan sekarang seperti panggung wayang disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Antara industri yang masih tidak dibenarkan beroperasi sehingga kini. Tiada filem untuk ditayangkan dan tiada penonton dibenarkan untuk menonton. 

Antara yang terjejas adalah syarikat GSC. Walaubagaimanapun, dengan inisiatif sendiri bagi untuk terus servive dalam industri sementara penutupan panggung wayang. Mereka kini menjual makanan mereka sendiri iaitu popcorn dan juga nugget. 

Senarai Lokasi Jualan Popcorn GSC

GSC masih dibuka sehingga kini tetapi hanya terhad untuk jualan makanan sahaja dan tiada tayangan filem. Walaubagaimanapun, bukan semua GSC ada menyediakan perkhidmatan ini. Kerana mereka menggunakan khidmat Grabfood. Kebiasaanya dimana ada Grabfood, disitu anda boleh beli popcorn GSC.

Jadi jom kita tengok senarai lokasi terlibat

  • GSC Mid Valley
  • GSC 1 Utama
  • GSC Melawati Mall
  • GSC IOI Puchong
  • GSC Paradigm Mall PJ
  • GSC MyTown
  • GSC EkoCheras
  • GSC Quill City Mall
  • GSC IOI City Mall
  • GSC Alamanda Putrajaya
  • GSC Ipoh Parade
  • GSC Gurney Plaza, Penang
  • GSC Queensbay Mall, Penang
  • GSC Sunway Carnival
  • GSC Paradigm Mall, Johor
  • GSC AEON Bandaraya Melaka
  • GSC Dataran Pahlawan

Cara Buat Tempahan

Bagi yang tidak tahu untuk buat tempahan popcorn GSC menggunakan Grabfood, boleh ikuti tutorial dibawah :

1)  Pergi ke aplikasi Grab dan pilih "Food"

cara tempah popcorn gsc dari grabfood

2)  Pastikan alamat rumah anda terlebih dahulu. 

3)  Kemudian cari "GSC" pada bahagian atas.

cara tempah popcorn gsc dari grabfood

4)  Pilih lokasi GSC yang disediakan iaitu dekat dengan rumah anda

cara tempah popcorn gsc dari grabfood

5)  Boleh mula buat pesanana seperti popcorn, nugget dan lain-lain 

cara tempah popcorn gsc dari grabfood

Sebenarnya selain daripada produk makanan. Mereka juga ada menjual merchandise yang anda boleh dapatkan di pautan shop.gsc.com.my

Jadi teruskan support anda kepada mereka-mereka yang ingin terus survive ketika era pandemik ini termasuk juga peniaga-peniaga kecil diluar sana.


Post a Comment

Previous Post Next Post