Selepas Segamat Dan Selayang, Kini Eco-Bakery Dibuka Di Bukit Raja, Klang

Selepas Segamat Dan Selayang, Kini Eco-Bakery Dibuka Di Bukit Raja, Klang

Selepas berjaya membuka cawangan di Segamat, Johor dan Selayang, kini Eco-Bakery telah membuka satu lagi cawangan baru iaitu di Bukit Raja, Klang Selangor. Ianya telah dibuka secara rasmi pada 19 Februari yang lepas.

Biasa kita lihat kedah 2 ringgit, Eco berwarna merah berada dimana-mana kan. Ianya menjual pelbagai barangan keperluan harian, barangan mandi sehinggalah ke makanan.

Kalau anda tak tahu lagi, kini mereka telah membuka sebuah lagi kedai tetapi berunsurkan roti yang diberi nama Eco-Bakery.

Lokasi Eco-Bakery Seluruh Malaysia

Berikut merupakan antara lokasi Eco-Bakery yang telah dibuka setakat ini. Pastinya akan lebih banyak cawangan dibuka di masa akan datang.

JOHOR

Eco-Bakery, Segamat Johor
A008, U Sentral Segamat, Jalan Utama 3/2, Taman Utama, 85000 Segama Johor

SELANGOR

Eco-Bakery, Selayang Selangor
No. 1A, (Ground Floor), Ideal Convention Centre, Jalan PS 10, Taman Prima Selayang 68100, Batu Caves, Selangor

Eco-Bakery, Klang Selangor
No. 9 (Ground and First Floor), Jalan Astaka 1A/KU2, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor

Eco-Bakery, Sungai Besar Selangor
PT 2338, No.2 (Ground & First Floor) & PT2339 No.4 (Ground Floor), Mutiara Naga Sungai Besar Jalan MNSB1, 45300 Sungai Besar, Selangor

Eco-Bakery, Desa Petaling Selangor
No. 55 (G, 1st & 2nd Floor), Jala 1/125D, Taman Desa Petaling, 67100 Kuala Lumpur

Eco-Bakery, Kedai Menjual Makanan Roti

Disini, mereka ada menjual pelbagai jenis roti, jem, minuman kopi, aiskrim dan banyak lagi. Jika di kedai Eco, mereka menjual semua barangan dengan harga RM2.10, tetapi di Eco-Bakery, mereka menjual semua roti dan isi kedai dengan harga RM2.90 sahaja.

Selain itu, mereka menjanjikan, Roti Hari Ini (roti baru setiap hari) dan tanpa pengawet tambahan.

Antara makanan yang dijual, Tiffany Swiss Roll, Cheese Polka Dot, Fish Fillet Salad Bun, Ais Krim Creamy Caramel, Traditional Doughnut, jem D'ARBO, Vanilla Muffin, Poppy Seed Butter, Eco Coffee Tart, Bamboo Salty Coffee dan banyak lagi

Jadi adakah Eco-Bakery ini juga akan menerima nasib yang sama seperti kedai Eco iaitu 'kedai saka', kedai tanpa jalan keluar selepas ini?

eco-bakery kini dibuka

eco-bakery kini dibuka

Post a Comment

Previous Post Next Post