Anda Kini Boleh Tonton Rancangan Eksklusif Astro Di TGV Cinemas

Anda Kini Boleh Tonton Rancangan Eksklusif Astro Di TGV Cinemas

Biasa kita tengok rancangan Astro di Astro kan? Kini ada rancangan yang ditayangkan di pawagam tau iaitu di TGV Cinemas walaupun anda bukan pengguna Astro.

Jika anda rindu untuk menonton dengan suasana pawagam tapi tiada filem untuk ditonton di sana, jangan risau! 

Ini kerana Astro dengan kerjasama TGV Cinemas anda boleh tonton kandungan eksklusif Astro di panggung wayang tau melalui promosi Astro On The Big Screen: All Your TV Favourites On An Astronomical Scale.

Sekali gus, bagi membantu kandungan lokal yang disiarkan di Astro dibawa ke pawagam dan boleh ditonton lebih ramai orang. Panggung wayang pun boleh terus beroperasi walaupun mereka antara yang terkesan di era pandemik ini.

Senarai Kandungan Eksklusif Astro Di TGV Cinemas

Anda Kini Boleh Tonton Rancangan Eksklusif Astro Di TGV Cinemas

Tayangan ini telah pun bermula sejak Disember 2020 lagi dan masih diteruskan untuk tahun baru, tahun 2021 ini. Jadi antara kandungan Astro yang disiarkan di tayangan panggung wayang adalah :

  1. Sepahtu Reunion 2020/2021 ditayangkan setiap Khamis (9 malam) - RM15
  2. Kampong Pisang Bersiri-siri ditayangkan setiap Isnin (9 malam) - RM15
  3. Muzikal Lawak Superstar 2 ditayangkan setiap Jumaat (9 malam) - RM18
  4. Suara Viral 2 (2021) - akan diumumkan tarikh kemudian
  5. Maharaja Lawak Mega (2021) - akan diumumkan tarikh kemudian
  6. Big Stage (2021) - akan diumumkan tarikh kemudian 

BACA : Saksikan Program Muzikal Lawak Superstar 2 Tahun 2020 Di Astro Warna

Berita baik jika anda merupakan MovieClub Members, anda akan dapat harga tiket bermula RM12 tau. Kesemua tayangan di TGV Cinemas adalah bersiaran sama seperti di TV Astro. Anda boleh mula buat tempahan sekarang di laman web TGV www.tgv.com.my, melalui aplikasi dan di kiosk.

Antara lokasi panggung wayang terlibat adalah di Mesra Mall (kecuali Sepahtu Reunion), Bukit Mertajam, Vivacity dan 1st Avenue sahaja. Untuk maklumat lanjut, boleh lawati pautan promos Astro On The Big Screen


sumber : rojakdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post