Resepi Daging Harimau Menangis Untuk Masak Sendiri Di Rumah

Resepi Daging Harimau Menangis Untuk Masak Sendiri Di Rumah

Anda boleh ikuti resepi daging Harimau Menangis ini untuk disediakan atau dimasak sendiri di rumah. Antara menu yang tengah hit sekarang ni.

Harimau Menangis merupakan antara bahagian daging lembu yang katanya paling lembu sekali. Beberapa hari ini tular dengan menu ini berkaitan hak cipta. Anda tak boleh dah guna trademark ini dan sebagainya.

BACA : 'Harimau Menangis' Sudah Didaftarkan? Ikuti Penjelasan Pihak MyIPO Sendiri

Tapi jangan risau, sebenarnya ianya masih belum rasmi. Jadi anda kini boleh lagi menggunakan Harimau Menangis. Selain daripada beli menu ini, anda juga boleh masak sendiri juadah Harimau Menangis ini.

Wanita ini kongsikan, resepi mudah daging Harimau Menangis yang anda boleh masak sendiri di rumah sahaja. Perapan semua dibuat sendiri. Tapi kalau nak rasa yang dalam paket, boleh dapatkan di Shopee je secara online.

Resepi Daging Harimau Menangis

Resepi ini lebih tumpukan kepada bahan perapan dan cara masak daging tersebut. Jadi jom kita tengok penyediaan daging Harimau Menangis bersama-sama dengan sos ala thai.

Bahan Perapan

  • 500 g (2 keping) daging (Striploin, Serloin atau Brisket) 
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  • 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk lumat
  • 1 sudu besar kecil garam
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar brown sugar.

Cara-Cara

  • Campur kesemua bahan diatas kedalam daging dan perapkan. 
  • Perap selama 4 hingga 5 jam
  • Kemudian, daging-daging tersebut di salai diatas pan sahaja sehingga masak. Anda juga boleh bakar didalam oven atau gunakan sahaja periuk pemanggang ajaib

Resepi Daging Harimau Menangis Untuk Masak Sendiri Di Rumah

Bahan Sos Ala Thai

  • 6 ulas bawang putih ditumbuk
  • 10 biji cili api ditumbuk
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan nampla
  • 3 sudu brown sugar
  • 1 bawang merah hiris nipis
  • 2 biji cili api dihiris
  • 1 biji air perahan limau nipis atau lebih jika suka
  • Sedikit daun ketumbar dihiris halus

Cara-Cara

Campurkan sahaja kesemua bahan ini dan siap untuk dimakan bersama dengan dagin Harimau Menangis. Siap!

Resepi Daging Harimau Menangis Untuk Masak Sendiri Di Rumah


sumber : @bimbimmm

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended