PKPP Diseluruh Negara Dilanjutkan Sehingga 31 Mac 2021

PKPP Diseluruh Negara Dilanjutkan Sehingga 31 Mac 2021

Menerusi pengumuman Menteri Kanan Keselamatan, Kerajaan bersetuju PKPP diseluruh negara dilanjutkan bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021.

Dalam sidang media harian, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan secara rasmi di mana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) disambung atau dilanjutkan bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021 diseluruh negara.

Jelas beliau, keputusan ini dibuat selepas mengambil kira penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dengan mendapati peningkatan kes yang ketara dan kadar kebolehjangkitan yang masih tinggi.

Untuk rekod, sepatutnya PKPP di seluruh negara akan berakhir pada 31 Disember 2021 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas pada Ogos yang lalu.

PKPP Dilanjutkan Sehingga 31 Mac 2021

PKPP telah berlangsung sejak 10 Jun 2020 lagi bagi menggantikan PKPB yang dihentikan sebelum itu. Sekali gus melanggorkan lagi SOP yang ditetapkan sehingga kini.

Sejak itu, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat Malaysia bagi menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan. Norma baharu kehidupan harus terus di amalkan sepanjang tempoh PKPP ini. Untuk dapatkan SOP terbaru daripada MKN, anda boleh klik disini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menambah, segala SOP yang telah ditetapkan semasa PKPP sebelum ini adalah terpakai bagi tempoh kuat kuasa yang diwartakan dan tertakluk kepada perubahan yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.


sumber : [Sinar Harian]

Post a Comment

Previous Post Next Post