5 Aplikasi Quran Terbaik Untuk Tahun 2022 Yang Anda Boleh Cuba

5 Aplikasi Quran Terbaik Untuk Tahun 2021

Pada yang mencari aplikasi Quran untuk smartphone anda, disini sebagai cadangan 5 aplikasi Quran terbaik untuk anda gunakan bagi tahun 2022

Sekarang sepertinya tiada lagi alasan untuk kita sentiasa mendekati dan membaca Al-Quran terutamanya bagi umat Islam. Pada era digital kini, dimana-mana sahaja anda boleh baca al-Quran iaitu melalui aplikasi telefon pintar.

Anda boleh baca walaupun tiada naskah al-Quran itu sendiri. Anda boleh baca di dalam LRT menggunakan aplikasi. Anda boleh baca sambil menunggu bas, di dalam kereta dan dimana-mana tempat yang sesuai.

Tetapi pastinya adalah lebih baik jika ada baca terus daripada kita al-Quran itu sendiri. Tetapi ingat, kalau tak dapat amalkan semua, jangan tinggal semua kan. Jika tiada kitab al-Quran jangan luap terus tidak membaca ayat-ayat Allah, sedangkan membaca sahaja itu ibadah dan besar pahalanya walaupun satu huruf.

Senarai Aplikasi Quran Yang Anda Boleh Dapatkan Bagi Tahun 2022

Jadi jika anda sedang mencari aplikasi al-Quran untuk telefon bimbit anda, anda boleh tengok senarai yang dicadangkan ini. 

Setiap aplikasi ini pastinya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi anda boleh pilih yang mana lebih sesuai untuk anda. Pastikan setiap telefon pintar anda, ada 1 aplikasi al-Quran, barulah jadi pintar kan.

#1 - Quran

Quran

Aplikasi pertama yang anda boleh download dan cuba ialah Quran. Ini kerana ianya memaparkan seakan-akan seperti quran sebenar yang kita baca. Jadi ianya seolah-olah anda membaca kitab al-Quran itu sendiri. 

Selain itu, anda juga boleh dengar bacaan daripada qari terkenal, ada mod malam, anda tag pada setiap ayat, anda boleh bookmark untuk setiap muka surat dan terjemahan bahasa melayu juga disediakan. Tetapi aplikasi ini sedikit besar saiznya, anda perlu muat-turun tambahan sehingg 100mb.

Ianya disediakan untuk kedua-dua platform iOS dan Android dan ianya percuma! Selain daripada aplikasi, anda juga boleh akses menerusi versi desktop melalui quran.com yang juga merupakan pembangun aplikasi ini.

Play Store | App Store

#2 - Tilawah Malaysia

Tilawah Malaysia

Tilawah MY merupakan aplikasi yang dibangunkan 100% dalam bahasa melayu, jadi sangat sesuai untuk orang Malaysia. Walaupun anda boleh download secara percuma tetapi mereka juga ada sediakan akaun premium dengan bayaran RM20. Dengan itu, anda dapat lebih banyak akses untuk aplikasi ini.

Tapi jangan risau, yang percuma pun dah ok. Selain membaca quran, anda boleh dengar bacaan daripada qati terkenal, disediakan tajwid berwarna, boleh simpan nota dan juga boleh kongsi ayat yang anda rasa penuh makna bersama kawan-kawan. Tetapi antaramuka qurannya adalah satu-satu ayat dan seperti quran biasa. Nak baca di internet pun boleh www.tilawah.my

Tidak cukup dengan itu, aplikasi Tilawah MY ini juga menyediakan Mathurat tau. Boleh la baca waktu pagi atau petang kan.

Play Store | App Store

#3 - Smart Quran

Smart Quran

Seterusnya adalah aplikasi yang dibangunkan sendiri oleh kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga dibawah JAKIM iaitu aplikasi Smart Quran. Aplikasi ini seakan aplikasi Quran dengan antaramuka seperti sebuah kitab al-Quran. Jadi ianya sedap dibaca. Aplikasi ini antara yang admin kerap guna.

Smart Quran menggunakan mushaf Madinah V2 bersama-sama disediakan juga terjemahan dalam bahasa melayu dan inggeris. Terdapat 4 qari yang anda boleh dengar bacaan yang disediakan. Anda boleh dapatkan aplikasi ini secara percuma untuk pengguna Android dan iOS.

Play Store | App Store

#4 - Muslim Pro

Muslim Pro

Ini antara aplikasi yang semua ciri ada disediakan di dalamnya. Tapi mungkin ada antara kita sudah berjaga-jaga apabila Muslim Pro sebelum ini katanya menjual data peribadi kita. Tetapi kemudian ianya disangkal. Betul atau tidak?

Jika anda masih menggunakan aplikasi Muslim Pro ini, disini juga menyediakan ciri al-Quran. Jenis antaramuka adalah satu-satu dan juga versi quran dan disediakan sehingga 4 jenis font. Kita di Malaysia rasanya lebih senang dengan Rasm Uthmani kan.

Muslim Pro ini bukan quran sahaja ada, waktu solat pun ada, reminder azan, audio bacaan, kiblat dan banyak lagi. Tetapi mungkin sedikit serabut dengan iklan yang ada di dalamnya dan sebab itu ianya percuma. Jadi nak elak iklan, boleh dapatkan akaun premium.

Play Store | App Store

#5 - Al-Qur'an Melayu

Al-Qur'an Melayu

Sebuah lagi aplikasi dalam bahasa Melayu iaitu Al-Qur'an Melayu (walaupun pembangunnya dari Indonesia). Aplikasi ini mempunyai iklan tetapi tidak terletak ketika pembacaan quran itu sendiri, jadi ianya tidak mengganggu. Jenis antaramuka adalah satu-satu ayat. Jadi anda boleh berhenti bacaan dan tag pada setiap ayat dan bukan muka surat. Juga disediakan 2 jenis penulisan iaitu IndoPak dan Uthmani. 

Disediakan ciri baca Quran, carian ayat, audio bacaan, terjemaah, serta ada juga waktu solat tau. Jadi 2 dalam 1 la yang ditawarkan oleh aplikasi Al-Qur'an Melayu ni. Walaubagaimanapun, aplikasi ini hanya ditawarkan untuk pengguna Android sahaja

Play Store

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua

Post a Comment

Previous Post Next Post