Tahniah Cliff Umar Juara Gegarvaganza 2020. Ini Senarai Penuh Pemenang GV7

Tahniah Cliff Umar Juara Gegarvaganza 2020. Ini Senarai Penuh Pemenang GV7

Akhirnya Cliff Umar diumumkan sebagai pemenang atau juara Gegarvaganza untuk musim ke-7 kali ni. Selain tu, jom kita tengok senarai penuh pemenang Gegarvaganza 2020 kali ini.

Gegarvaganza 7 tahun buat pertama kali selama 8 minggu tiada kehadiran penonton disebabkan arahan PKPB yang berlangsung di Selangor. GV hanya sempat menerima jumlah penonton mengikut SOP pada minggu pertama dan juga peringkat akhir ini.

Walaupun ianya dijalankan dalam norma baharu, tetapi kemeriahan Gegarvaganza tetap power bila kehadiran 14 peserta untuk 10 minggu. Kemeriahan lebih memuncak apabila banyak kejutan berlaku untuk GV7 kali ini seperti buat pertama kali peserta akhir seramai 7 orang dan battle round ada 3 peserta dalam 1 lagu.

Gegervaganza 7 telah berlangsung selama 10 minggu hingga peringkat akhir pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria. Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih memeriahkan program ini selama 10 minggu kecuali tanpa kehadiran Nabil Ahmad pada minggu pertama.

senarai pemenang gegarvaganza 7

senarai pemenang gegarvaganza 7

senarai pemenang gegarvaganza 7

senarai pemenang gegarvaganza 7

Pada malam tersebut, 7 peserta yang layak ke peringkat akhir iaitu Cliff Umar, Muss, Oja, Ashira, Ayu Damit, Linda Nanuwil dan Noraniza Idris. Juara GV7 akan membawa pulang RM100,000, naib juara akan membawa pulang RM50,000 dan tempat ke-3 sebanyak RM30,000 beserta trofi masing-masing.

Senarai Penuh Pemenang Gegarvaganza 2020 (GV7)

Kali ini lebih menarik apabila kesemua juara Gegarvaganza (7 peserta) juga sertai duet bersama peserta bersama-sama membuat persembahan pada malam tersebut.

Tahniah diucapkan kepada Cliff Umar dinobatkan sebagai Juara Gegarvaganza, Muss sebagai naib juara dan Ayu Damit untuk tempat ketiga.

Juara
Cliff Umar

Naib Juara
Muss

Tempat Ke-3
Ayu Damit

Tempat Ke-4
Noraniza Idris

Tempat Ke-5
Linda Nanuwil

Tempat Ke-6
Oja

Tempat Ke-7
Ashira

Post a Comment

Previous Post Next Post