Saksikan Episod Penuh Drama Misteri Mona Di TV3 (Slot Samarinda)

Saksikan Episod Penuh Drama Misteri Mona Di TV3 (Slot Samarinda)

Bermula 10 Disember, jangan lupa saksikan drama Misteri Mona di TV3 melalui slot Samarinda yang mengantikan Beri Sedikit Waktu sebelum ini.

Drama Misteri Mona merupakan drama psiko thriller yang mengisahkan pesakit mental yang hidup seharian bersama suami dan penjaganya. Drama ini menampilkan pelakon yang hebat seperti Janna, Redza Rosli Nick dan Elisya Sandha.

Tayangan : 8 episod di TV3 (Slot Samarinda)
Pengara : Amor Rizan
Pelakon : Janna Nick, Redza Rosli, Elisya Sandha, Ruzana Ibrahim, Syed Irfan, Ruzana Ibrahim, Zizan Nin, Zarynn Min, Duerra Mitilda, Alif Hadi, Syafi Tee, Ainin Batrisya,Siti Aishah Bujang

Saksikan Episod Penuh Drama Misteri Mona Di TV3 (Slot Samarinda)

Sinopsis Drama Misteri Mona

Mengisahkan Anom (Janna Nick) seorang wanita lemah lembut yang menghidap penyakit mental yang kronik. Suaminya, Dr Nadeem (Redza Rosli) risau akan keadaannya Anom yang sering berhalusinasi tentang seorang wanita bernama Mona yang sering menghantuinya. Dr Nadeem telah memberikan Anom segala ubat untuk membantunya mengawal kondisi halusinasinya, tetapi kerana pekerjaan Dr Nadeem yang terlalu sibuk, Nadeem mengupah Farah (Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya.

Farah merupakan seorang gadis yang jujur dan rajin mula menjaga Anom kerana dirinya telah menganggur sekian lama setelah tamat pengajiannya. Pada mulanya Farah selesa menjaga Anom, sehingga suatu hari, Farah mula melihat keadaan Anom yang sebenar apabila Farah terleka untuk memastikan Anom mengambil ubatnya, lalu Anom meroyan pada malam itu. Farah teruk dimarahi Dr Nadeem dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Ketika keadaan semakin baik, dan Anom juga semakin rajin mengambil ubatnya, Anom mula menyatakan bahawa dia sering mendengar suara seorang wanita di loteng rumahnya, lalu menyiasatnya sendirian. Farah terkejut apabila mendengar jeritan Anom lalu bergegas ke arah Anom. Ketika itu, sebuah kejutan besar buat Farah apabila Anom berkata, “Aku dah lepaskan Mona……”

Siapakah Mona? Adakah Dr Nadeem tahu kewujudan Mona di loteng selama ini? Mungkinkah Farah mangsa Dr Nadeem seterusnya?

Saksikan Episod Penuh Drama Misteri Mona Di TV3 (Slot Samarinda)

Saksikan Episod Penuh Drama Misteri Mona Di TV3 (Slot Samarinda)

Waktu Siaran

Drama Misteri Mona akan bermula bersiaran bermula 10 Disember 2020 dengan 8 episod sahaja. Ianya akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam melalui slot Samarinda hanya di TV3. Anda juga boleh strim secara percuma selepas habis tayangan di TV di Youtube Drama Sangat.

Tonton Semua Episod Drama Misteri Mona

~ akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Misteri Mona Episod 1

Misteri Mona Episod 2

Misteri Mona Episod 3

Misteri Mona Episod 4

Misteri Mona Episod 5

Misteri Mona Episod 6

Misteri Mona Episod 7

Misteri Mona Episod 8 (Akhir)

Post a Comment

Previous Post Next Post