Resepi Dan Cara Masak Nasi Tomato Yang Mudah Dan Lazat!

Resepi Dan Cara Masak Nasi Tomato Yang Mudah Dan Lazat!

Anda ingin sediakan juadah santapan untuk ahli keluarga? Anda boleh cuba resepi dan cara masak Nasi Tomato yang mudah dan lazat ini!

Mungkin ada sanak saudara atau ahli keluarga anda sendiri ingin rasa air tangan anda untuk menu Nasi Tomato. Inilah masanya untuk anda sediakan untuk mereka yang pastinya resepi ini sedap dan mudah disediakan.

Resepi Nasi Tomato ini dikongsikan oleh Zara Zahara sehinggakan mendapat lebih "1.4k share" di facebook. Beliau juga tunjukkan bagaimana beliau sediakan resepi untuk 20 orang makan. Katanya boleh memikat hati yang makan nasi ni tau. ermm sedap la tu.

Resepi Dan Cara Masak Nasi Tomato

Resepi Nasi Tomato ini disediakan bagi disediakan untuk 20 orang makan. Tapi kalau nak buat dalam kuantiti yang sedikit, anda hanya perlu kurangkan bahan-bahan sahaja. Jom kita tengok cara masak dan resepi bagi penyediaan Nasi Tomato, ayam merah beserta acar mentah.

Bahan-Bahan

a)  Bahan nasi

  • 6 cawan beras basmathi + 1 cawan beras biasa, 
  • 3 biji buah tomato
  • 2 tin susu cair
  • 3 biji bawang merah di hiris
  • Halia di hiris
  • 4 sekawan
  • Daun pandan
  • Kiub pati ayam
  • 1 sudu besar garam besar
  • Marjerin/minyak untuk menumis
  • 1 biji tomato di cincang dadu

b)  Bahan tumis ayam merah

  • 2 ulas bawang putih di hiris
  • Setengah biji bawang holland
  • Batang kulit kayu manis
  • 2 bunga cengkih
  • 2 buah pelaga
  • 1 bunga lawang

c)  Bahan kisar ayam merah  

  • Halia
  • 2 biji bawang besar
  • Setengah biji bawang holland
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili api (bagi yang suka pedas)

d)  Bahan kuah ayam

  • Cili boh
  • 3 sudu besar santan (santan ni letak jangan banyak sangat tau, cukup setakat nak bagi kuah berlemak je)
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Sedikit garam

e)  Bahan acar mentah

  • Timun
  • Lobak
  • Bawang merah
  • Lada besar
  • Cuka
  • Gula
  • Garam
  • Sedikit penambah perasa
  • Sedikit air

Cara Masak

a)  Masak nasi tomato

1.  Campurkan susu cair, tomato yang dikisar, garam, kiub pati ayam dan air. 

cara masak nasi tomato

2.  Kemudian campurkan beras basmathi dengan beras biasa dan direndam selama 1 jam atau lebih. Bila dah kembang, toskan beras tersebut.

*tips nak sukat beras. 7 cawan beras, bermakna air 8 cawan

cara masak nasi tomato

3.   Panaskan minyak/mentega, tumis bawang merah, halia, daun pandan dan 4 sekawan hingga naik bau wangi

cara masak nasi tomato

4.  Bila dah naik bau, masukkan kesemua bahan bahan dalam bekas tadi. Tunggu hingga mendidih. Bila dah mendidih, masukkan beras yang di toskan tadi. Kacau sekejap nak bagi rata. Perlahankan api gas sebab taknak bagi nasi hangit.

Tanak nasi ni kita tak boleh leka, kena selalu cek takut hangit bahagian bawah. Kacau sekali sekala je, jangan kerap sangat. Nanti beras mudah patah

cara masak nasi tomato

5.  Bila air dah sedikit kering, masukkan tomato. Tutup periuk dan biar sehingga nasi masak sepenuhnya

cara masak nasi tomato

6.  Bila nasi dah masak sepenuhnya, kacau nasi supaya sebati. 

*tips nak kacau nasi yang dah masak pun ada caranya tau supaya nasi cantik. Mulakan kacau dari tepi tepi sehingga sekeliling periuk. Jangan terus kaut nasi terus pada bahagian tengah. Gemburkan sehingga lerai. Gemburkan secara perlahan lahan

cara masak nasi tomato

b)  Masak ayam merah

1.  Bahan yang di kisar dan di hiris.

cara masak ayam merah nasi tomato

2.  Gaul ayam dengan garam dan kunyit.

cara masak ayam merah nasi tomato

3.  Goreng seperti biasa. Anda boleh masa separuh goreng atau sepenuhnya. Terserah kepada citarasa anda.

cara masak ayam merah nasi tomato

4.  Menggunakan minyak yang sama goreng ayam, tumis bawang holland, bawang putih dan 4 sekawan. Tumis sehingga naik bau

cara masak ayam merah nasi tomato

5.  Masukkan bahan yang dikisar dan tumiskan bahan yang dikisar hingga pecah minyak

6.  Masukkan cili boh, tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan sos cili, sos tiram, garam, air dan santan

7.   Masak hingga mendidik. Akhir sekali, masukkan ayam goreng tadi. Gaul biar sebati dan masukkan kicap.

cara masak ayam merah nasi tomato

c)  Bahan Acar

1.  Hiris bahan-bahan acar mengikut citarasa anda, kemudian masukkan sedikit gula. Gaul rata semua bahan tersebut.

*tips untuk acar sedap, kena lebihkan letak gula baru rasa akan seimbang

cara masak acar nasi tomato

Kesemua nasi tomato, ayam merah dan acara siap dihidangkan!



sumber : Zara Zahara


Baca Juga

0/Post a Comment/Comments