Bantuan Tambahan Khas COVID-19 Daripada MAINJ. Ini Syarat Dan Cara Memohon

Bantuan Khas COVID-19 Daripada MAINJ. Ini Syarat Dan Cara Memohon

MINJ telah lancarkan bantuan tambahan khas COVID-19. Anda boleh lihat sini syarat permohonan beserta cara memohon bagi mereka yang ingin melakukan sedimikian.

Bagi membantu mereka yang terhimpit dan terjejas akibat pandemik COVID-19 yang sedang berlaku ini termasuklah kehilangan kerja, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) ada lancarkan bantuan khas COVID-19 untuk anda.

Dengan bantuan ini, dianggarkan seramai 17,000 individu akan dapat manfaat dengan bantuan khas ini. Ianya dibuka kepada golongan bukan asnaf yang terkesan dan betul-betul susah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Cara Memohon Bantuan Khas COVID-19 Daripada MAINJ

Permohonan Bantuan Tambahan Khas COVID-19 ini dibuka bermula 1 hingga 14 Disember 2020 dengan melengkapkan borang permohonan di pautan Google Forms yang disediakan mengikut daerah seperti yang dikongsikan di facebook rasmi MAINJ. 

Anda juga boleh dapatkan pautan dibawah ini:

Daerah Johor Bahru - https://forms.gle/VUkjicCJYEcdpjKZ7

Daerah Kota Tinggi - https://forms.gle/DB5cHwwgZaHCcN6X6

Daerah Mersing - https://forms.gle/dc4Qr45XkUkTazTX8

Daerah Kluang - https://forms.gle/jswFFPTizvVYpDc9A

Daerah Kulai - https://forms.gle/TPQ7BvRpYmDAwUjT7

Daerah Pontian - https://forms.gle/tt2k8qZErhtKbRQx8

Daerah Segamat - https://forms.gle/Cj1D9GRpbsySK24C8

Daerah Tangkak - https://forms.gle/hs41Qm9PFabawodg7

Daerah Muar - https://forms.gle/EKgB6n893S68KP7C6

Daerah Batu Pahat - https://forms.gle/BfZVAGuFRaXUWwYx6

Syarat Kelayakan Permohonan

Jika anda layak, anda boleh mula memohon. Ikuti syarat kelayakan disini :

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di negeri Johor untuk tempoh 3 tahun
  4. Pemohon BUKAN penerima bantuan bulanan MAINJ

Dokumentasi Diperlukan

Pemohon perlukan sediakan beberapa dokumen sebelum buat permohonan

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Kad Pengenalan Pasangan
  • Slip gaji pemohon atau pengesahan pendapatan pemohon (jika berkenaan)

Bantuan Khas COVID-19 Daripada MAINJ. Ini Syarat Dan Cara Memohon

Diharap bantuan tambahan khas COVID-19 ini sedikit sebanyak memberikan nafas lega kepada mereka yang terjejas terutamanya golongan bukan asnaf ini. Kita masih lagi dalam tempoh PKPP yang sedikit sebanyak merencatkan pendapatan kebanyakkan rakyat di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke facebook rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)

Post a Comment

Previous Post Next Post