Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021 Kepada Penjawat Awam Dibayar Pada 25 Januari 2021

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021 Kepada Penjawat Awam Dibayar Pada 25 Januari 2021

Seperti yang diumumkan melalui Belanjawan 2021 berkaitan Bantuan Khas Kewangan 2021. Pembayaran akan dibuat pada 25 Januari 2021 kepada pegawai Perkhidmatan Awam.

Melalui perkongsian surat edaran daripada facebook Jabatan Perkhidmatan Awam, disertakan dengan penerangan kaedah pelaksanaan pembayaran Bantan Khas Kewangan Tahun 2021. Pembayaran akan dibuat pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Selain itu, bayaran juga akan dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteren tidak berpencen.

Untuk makluman, Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021 ini akan dibayar pada 25 Januari 2021 dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh bayaran.

Kaeadah Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021

Bayaran layak diberikan kepada :

i)  pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021 sebanyak RM600

ii)  pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang layak tersebut merupakan

  • pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS)
  • pegawai yang bercuti bergaji penuh
  • pegawai yang bercuti separuh gaji
  • pegawai yang bercuti tanpa gaji
  • pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraanya. 

Pembayaran ini turut dipanjangkan kepada :

i)  Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkua kuasa sekurang-kurangnya 30 hati berturut-turut

ii)  guru interim

iii)  pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya

iv)  pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman

Pesara Kerajaan yang menerima pencen dan termasuk penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen serta pesara KWSP yang bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai opsyen umur persaraan pada atau sebelum 25 Januari 2021 akan dibayar sebanyak RM300 oleh JPA manakala bagi veteren berpencen dan tidak berpencen oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran

Pesara dan veteren seperti diatas yang dilantik semula secara COS dan masih berkhidmat pada 25 Januari 2021 layak dibayar sebanyak RM600. Pembayaran sebanyak RM300 akan dibuat oleh JPA/JHEV dan bakinya sebanyak RM300 akan dibayar oleh jabatan dimana pegawai sedang berkhidmat. 


sumber : [JPA]

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments