Tiada Mengandungi Bahan Babi Dan OLDTOWN White Coffee Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Tuduhan Tersebut

Tiada Mengandungi Bahan Babi Dan OLDTOWN White Coffee Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Tuduhan Tersebut

Hentikan Sebar Berita Palsu

Ingatlah dosa fitnah itu lebih besar daripada membunuh. Baru-baru ini tular satu video apabila ada individu mendakwa restoren OLDTOWN White Coffee meletakkan daging babi di dalam mee yang dijual di premis tersebut.

Selepas video itu viral di seluruh pelusuk internet, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengunjungi cawangan-cawangan berkenaan bagi menjalankan siasatan lanjut. 

Hasil daripada siasatan tersebut, mereka mengesahkan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar. Pihak JAKIM juga telah memberi penjelasan mereka tentang perkara ini.

Jadi baru-baru ini pihak OLDTOWN White Coffee tampil membuat kenyataan rasmi berkaitan perkara ini dengan mengatakan mereka menolak semua khabar angin dan dakwaan bahawa produk-produk mereka mengandungi bahan babi. Dakwaan dalam video tersebut adalah tidak benar.

Sebagai rekod, kesemua cawangan OLDTOWN White Coffee di Malaysia memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sejak tahun 2010. Jadi semua ramuan yang digunakan dalam makanan dan minuman langsung tidak mengandungi sebarang kandungan babi atau bana tidak halal.

Tindakan Lanjut

Oleh itu, pihak OLDTOWN White Coffee memohon supaya hentikan penyebaran sebarang maklumat palsu. Ditambah juga, pihak mereka sedang berbincang dengan pihak guaman dan akan mengambil tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap individu-individu yang didapati membuat tuduhan palsu.


sumber : OLDTOWN White Coffee Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post