Saksikan Drama Sang Pewaris Di TV3 (Slot Lestary)

Saksikan Drama Sang Pewaris Di TV3 (Slot Lestary)

Jangan lupa saksikan drama Sang Pewaris bermula 26 November 2020 di saluran TV3 melalui slot Lestary dan juga strim di WeTV secara online.

Drama Sang Pewaris disiarkan bagi mengantikan drama Lelaki Lingkungan Cinta yang telah bersiaran untuk 13 episod sebelum ini. Drama berganda-ganda kali ini menampilkan gandingan Ben Amir bersama pelakon jelita Amyra Rosli pula. Bagaimanakah ceritanya kali ini? Anda kena saksikan Sang Pewaris di TV3 bermula 26 November ini.

Tayangan : 13 episod (Slot Lestary)
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pelakon : Ben Amir, Amyra Rosli, Zarynn Min, Fizz Fairuz, Zamarul Hisham, Ieda Moin, Acong Sweetchild, Sheila Mambo, Harun Hashim, dan ramai lagi.

Saksikan Drama Sang Pewaris Di TV3 (Slot Lestary)

Sinopsis Drama Sang Pewaris

Dalam satu hari sahaja, Ali dikejutkan dengan beberapa fakta tentang dirinya;

  1. Dia bukan Ali bin Ahmad, tetapi rupanya Tunku Ali Khairudin ibni Tunku Ahmad!
  2. Fakta kedua, dia mempunyai seorang abang kembar!
  3. Fakta ketiga, sangkanya dia cuma anak pungut, tetapi rupanya dia pernah diculik!
  4. Keluarga kandung sedang mencari dan menanti kepulangannya demi kelangsungan warisan keluarga.

Takut dengan kenyataan yang mendadak di depan mata, Ali enggan pulang meskipun puas dipujuk. Tetapi, sekeping gambar telah melunturkan pendiriannya. Dia pulang juga akhirnya.

Di saat majlis meraikan kepulangannya diatur, Ali menukar fikiran. Dia menghilangkan diri. Ali mengubah rupa dan menyamar sebagai tukang kebun lalu menyusup masuk ke dalam rumah keluarga kandungnya. Di situ, dia mula mengenali beberapa nama.

Tuan Haji Mahmud: Pengurus keluarga diraja yang terlalu setia sehingga menimbulkan curiga.
Tunku Kamariah: Sang Bonda yang suka menyendiri. Sikapnya terkadang bagai orang gila.
Tunku Ameer: Lelaki misteri yang sukar ditafsir budi pekerti.
Doktor Mahfuz: Doktor peribadi keluarga yang prihatin meski senyumnya dingin.
Che Som dan Pak Kadir: Tukang masak dan pemandu rasmi keluarga yang memiliki semua cerita tentang keluarga tersebut di dalam poket mereka.
Zara Aireena: Manis. Lembut. Jelita. Bergaya. Ops, itu luaran sahaja! Tetapi rupanya dia boleh tahan gila. Kalau tidak, takkan dikejarnya Ali dengan parang semata-mata marahkan Ali terpotong pokok bunga kesayangannya.

Konflik muncul satu demi satu. Misteri lama terurai perlahan-lahan. Luka lama kembali berdarah. Namun, tiada luka yang dapat menandingi luka di hati Ali bila terpaksa akur bahawa hatinya mula mencintai Zara Aireena, tetapi gadis itu pula merupakan tunang abang kembarnya!

Saksikan Drama Sang Pewaris Di TV3 (Slot Lestary)

Saksikan Drama Sang Pewaris Di TV3 (Slot Lestary)

Waktu Siaran

Jangan lupa saksikan drama Sang Pewaris yang akan disiarkan bermula 26 November ini. Drama ini akan disiarkan pada setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam melalui slot Lestary hanya di TV3 atau secara online di TONTON.

Anda juga boleh strim secara online di www.wetv.vip atau melalui aplikasi WeTV di Google Play Store atau Apple App Store secara percuma

Tonton Semua Episod Drama Sang Pewaris

Sang Pewaris Episod 1

Sang Pewaris Episod 2

Sang Pewaris Episod 3

Sang Pewaris Episod 4

Sang Pewaris Episod 5

Sang Pewaris Episod 6

Sang Pewaris Episod 7

Sang Pewaris Episod 8

Sang Pewaris Episod 9

Sang Pewaris Episod 10

Sang Pewaris Episod 11

Sang Pewaris Episod 12

Sang Pewaris Episod 13 (Episod Akhir)

Post a Comment

Previous Post Next Post