Musim Tengkujuh Dijangka Bermula 11 November 2020 Hingga Mac 2021

Musim Tengkujuh Dijangka Bermula 11 November 2020 Hingga Mac 2021

Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka akan bermula pada 11 November 2020 dan berakhir pada Mac 2021.

Kenyataan ini dikongsikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi siaran media bagi Permulaan Monsun Timur Laut 2021/2021

Dalam kenyataan tersebut, MET Malaysia memberitahu dimana dalam tempoh ini, empat hingga enam episod hujan lebat yang signifikan dijangkaa berlaku.

Terdapat dua fasa bagi Monsun Timur Laut iaitu dari November sehingga Disember 2020 kemudian mulai hujung Januari sehingga Mac 2021.

Hujang Lebat Di Beberapa Buah Negeri

Semasa fasa awal Monsun Timur Laut (November - Disember 2020) episod hujang lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan pahang. Manakala mulai Januari 2021, episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Fasa Kedua Monsun Timur Laut iaitu mulai hujung Januari 2021 seperti biasa dijangka cuaca agak kering di negeri-negeri di utara semenanjung (Kedah, Pulau Pinang dan Perlis) dan Kelantan.

Boleh Mengakibatkan Banjir

Hujang lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir. Sekiranya hujang lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribu, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih buruk.

Musim Tengkujuh Dijangka Bermula 11 November 2020 Hingga Mac 2021

Selain itu, tiupan angin Timur Laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

Jadi diharap kepada orang ramai aga bersiap sedia dengan segala kemungkinan dalam tempoh ini sepanjang musim tengkujuh. Sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora. 

Anda boleh dapatkan maklumat menerusi laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (www.met.gov.my), aplikasi mobil myCuaca atau menerusi laman media sosial rasmi. Jika terdapat sebarang persoalan dan pertanyaan, boleh hubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638

Post a Comment

Previous Post Next Post