Lebih 2 Dekad Beroperasi, Majalah Gempak Umumkan Bakal Tamatkan Perkhidmatan

Lebih 2 Dekad Beroperasi, Majalah Gempak Umumkan Bakal Tamatkan Perkhidmatan

Mungkin ini berita sedih kepada fans majalah komik GEMPAK apabila mereka mengumumkan ianya tidak dapat diteruskan lagi dan akan ditamatkan perkhidmatan.

Majalah GEMPAK telah mulakan perkhidmatan dengan pemasaran media cetak dalam dunia komik, animasi kemudian berkembang kepada game, toys dan berita-berita hangat sejak 1998 lagi. Jadi budak 90-an pasti tahu akan majalah legend ni.

Mengikut arus peredaran masa, majalah GEMPAK bergerak dalam dunia digital dengan memperkenalkan GEMPAK KGS. Jadi para peminat boleh dapatkan bahan bacaan, komik dalam bentuk digital di sana.

Majalah GEMPAK Tamat Perkhidmatan

Jadi baru-baru ini menerusi facebook rasmi GEMPAK, mereka mengumumkan dimana mereka tidak lagi dapat diteruskan dan bakal menamatkan perkhidmatan bermula efektif 30 November 2020.

Sehubungan dengan itu, pihak produksi dan staf dibelakang tabir mengucapkan ribua terima kasih atas sokongan orang ramai selama ini terhadap hasil kerja mereka dan juga memohon maaf sekiranya adalah tersilap laku dan terlanjur kata.

Walaupun portal digital mereka ditutup, tapi saluran Youtube rasmi GEMPAK 360 mereka masih beroperasi seperti biasa yang pastinya akan meneruskan legasi GEMPAK dengan pelbagai segmen istimewa untuk semua peminat mereka.

Pasti nanti ramai yang akan merindui hasil tangan dan komik daripada GEMPAK apabila ianya tamat kelak. Jadi sebelum iainya ditamatkan, boleh la dapatkan komik mereka yang masih lagi dijual di Shopee (Kadokawa Gempak Starz) atau di Gempak Store

Post a Comment

Previous Post Next Post