Google Melancarkan Doodle Istimewa Bagi Biduanita Negara, Saloma

Google Melancarkan Doodle Istimewa Bagi Biduanita Negara, Saloma

Sebagai penghargaan dan meraikan, Google Malaysia telah melancarkan sebuah Doogle istimewa kepada Biduanita Negara, Saloma.

Doodle khas ini anda boleh lihat apabila anda lawati laman pencarian www.google.com.my dan akan terpapar lukisan atau doodle yang dibuat khas untuk Saloma.

Doodle Saloma dibuat oleh Google Malaysia ini adalah bagi meraikan seorang lagenda, pelakon, penyanyi dan ikon fesyen sempena ulang tahun ke-42 penganugerahan beliau sebagai Biduanita Negara pertama Malaysia. 

Beliau cukup terkenal ketika era 50-an apabila menjadi individu penentu trend dunia hiburan di Malaysia ketika itu sehingga awal 80-an. Sebagai catatan sejarah, Saloma telah merakamkan lebih dari 500 buah lagu sepanjang kariernya di dalam dunia hiburan.

Biduanita Negara, Saloma Yang Disegani

Saloma atau nama sebenarnya ialah Salmah Binti Ismail yang dilahirkan di Singapura pada 22 Januari 1932 dan telah pun memiliki bakat nyanyian sebagai seorang penyanyi seawal umur 7 tahun.

Tidak cukup dengan itu, Saloma kemudian beralih ke bidang lakonan dan seterusnya menjadi seorang selebriti versatil. Pada tahun 1961, beliau telah berkahwin dengan seniman hebat dan serba boleh P. Ramlee dan seterusnya terus membintangi filem-filem yang diarahkan oleh suami beliau sendiri.

Pada tarikh 25 November tahun 1978, beliau mencipta sejara apabila dianugerahkan Anugerah Biduanita Negara oleh Kerajaan Malaysia ketika itu.

Google Melancarkan Doodle Istimewa Bagi Biduanita Negara, Saloma

Saloma Dalam Kenangan

Dengan tibanya hari bersejarah ini, selain daripada Doodle istimewa, Google juga telah menyusun khas senarai lagu-lagu yang terkenal yang telah dibawa oleh Saloma seperti Bila Larut Malam, Di Manakan Ku Cari Ganti, Perwira dan banyak lagi. 

Google Melancarkan Doodle Istimewa Bagi Biduanita Negara, Saloma

Tak cukup dengan itu, Google Malaysia juga mengendalikan sebuah kuiz trivia di laman twitter rasmi mereka kepada semua peminat Saloma bagi memenangi sebuah t-shirt Doodle Saloma edisi terhad.

Post a Comment

Previous Post Next Post