Cara Tonton Movie Bersama-Sama Di Instagram Melalui Video Call

Cara Tonton Movie Bersama-Sama Di Instagram Melalui Video Call

Tahukah anda, sekarang di Instagram anda boleh tonton movie bersama rakan melalui video call. Ini antara kemaskini terbaru yang diperkenalkan oleh Instagram.

Anda mungkin biasa tonton filem bersama rakan melalui aplikasi Rave dengan perkongsian skrin dalam masa yang sama. Instagram juga turut menyediakan ciri yang sama iaitu perkongsian skrin peranti bersama rakan lain dalam masa yang sama.

Sebelum ini Instagram ada buat kemakini antaramuka dimana penambahan tab Shops yang membolehkan pengguna membeli barangan terus melalui akaun Instagram. Selain itu, butang notifikasi sudah dibawa ke bahagian atas dan sebagainya.

Tidak cukup dengan itu sebenarnya. Instagram ada juga menyediakan perkongsian skrin dalam masa yang sama bagi tujuan menonton filem. Selain itu, anda juga boleh kongsikan kandungan post yang anda like, perkongsian gambar dan kandungan explore. Senang cerita boleh kongsikan semua benda la yang ada dalam Instagram bersama rakan anda dengan cara kongsi skrin.

Cara Kongsi Skrin Untuk Menonton Filem Bersama Rakan Melalui Video Call Instagram

Ciri ini sesuai bagi mereka yang suka berkongsi dengan rakan-rakan. Mungkin ada video, filem atau gambar untuk ditunjukkan kepada rakan. Anda boleh guna ciri yang disediakan oleh Instagram ini.

Caranya mudah sahaja,

Anda buka aplikasi Instagram anda dan cari rakan yang anda ingin video call. Kemudian tekan ikon "video" di bahagian atas

Cara Tonton Movie Bersama-Sama Di Instagram Melalui Video Call

Kemudian anda tekan butang "Media". Akan dipaparkan sehingga 5 pilihan untuk kongsikan bersama rakan iaitu:

  • Filem (TV Shows)
  • IG Live
  • Post yang anda like
  • Post yang anda save
  • Explore post

Cara Tonton Movie Bersama-Sama Di Instagram Melalui Video Call

Klik pada TV Shows dan pilih mana-mana video yang anda ingin tonton bersama rakan anda salam masa yang sama. Anda boleh juga tekan mana-mana pilihan selepas itu. 

Mudah je kan..

Post a Comment

Previous Post Next Post