Tiada Keperluan Pengisytiharan Darurat Di Negara Ini

Tiada Keperluan Pengisytiharan Darurat Di Negara Ini

Selepas beberapa hari rakyat Malaysia menunggu-nunggu jawapan akhirnya hari ini telah dimaklumkan melalui kenyataan media dimana buat masa ini tiada keperluang pengisytiharan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

Keputusan ini dibuat selepas berbincang dengan Raja-Raja Melayu dan KDYMM Seri Paduka Baginga Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah bersetujud untuk tidak mengisytiharkan darurat.

Keputusan ini dibuat selepas baginda merasakan Kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan selepas permohon pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancama wabak COVID-19 di negara ini telah dipersembahkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jumaat lalu.

Selain itu, baginda juga mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara dan mengenepikan segala perbezaan dan perbalahan untuk bersatu padu dan bersatu hati bagi membendung wabak COVID-19.

Tiada Keperluan Pengisytiharan Darurat Di Negara Ini

Tiada Keperluan Pengisytiharan Darurat Di Negara Ini

Post a Comment

Previous Post Next Post