Saksikan Debut Safawi Rasid Bersama Portimonense Dibawah Khas Daripada Astro Arena Malam Ini

Saksikan Debut Safawi Rasid Bersama Portimonense Dibawah Khas Daripada Astro Arena Malam Ini

Demi pemain negara, Safawi Rasid, Astro Arena akan menayangkan perlawanan pertemuan antara Portimonense bertemu Maratimo malam ini.

Pastinya detik ini ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia terutamanya peminat sukan bola sepak apabila Safawi Rasid berpeluang mencipta sejarah sebagai pemain pertama diturunkan beraksi dalam liga utama Eropah iaitu Liga Portugal (Primeira Liga).

Safawi Rasid atau selesa dipanggil pawi telah sah dipinjamkan ke Portimonense daripada JDT selama semusim. Pemain kelahirang Dungun, Terengganu itu mengambil keputusan untuk bergerak ke peringkat yang lebih tinggi apabila menerima tawaran untuk bermain di kelab eropah sama seperti keputusan yang diambil oleh Luqman Hakim yang kini bermain bersama pasukan KV Kortrijk di Belgium sebelum ini.

Oleh itu, Astro Arena berbesar hati untuk menayangkan khas untuk perlawan pertemuan antara Maritimo bertemu Portimonense yang akan berlangsung pada 17 Oktober 2020 pada jam 10.30 malam hanya di Astro ARENA dan ARENA HD di saluran 801 & 802.

Liga Portugal sudah pun bermula dengan 3 perlawanan. Setakat ini Portimonense hanya meraih 1 mata daripada 3 perlawanan selepas mengecapi 2 kekalahan serta 1 kemenangan. Manakala bagi pasukan Maritimo meraih 6 mata dengan 2 kemenangan dan 1 kekalahan. Jadi boleh ke pasukan yang disertai Pawi ini menang dalam perlawanan ini?

Persoalan juga timbul, adakah Safawi Rasid berpeluang untuk diturunkan dalam perlawanan kali ini? Kita tunggu sahaja malam ni keh.


sumber : astro arena

Post a Comment

Previous Post Next Post