COVID-19 : Penumpang MyBas KLIA2-Nilai Diminta Tampil Dengan Hubungi Pejabat Kesihatan

COVID-19 : Penumpang MyBas KLIA2-Nilai Diminta Tampil Dengan Hubungi Pejabat Kesihatan

Hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan membuat hebahan umum dengan mohon kerjasama kepada penumpang MyBas KLIA2-Nilai untuk hubungi pejabat kesihatan.

Dalam hebahan menerusi laman facebook JKKNS mohon kepada penumpang yang telah menaiki pengangkutan awam iaitu MyBas dengan nombor pendaftaran NDH 2259 untuk hubungi bilik gerakan COVID-19 Pejabat Kesihatan Daerah Seremban.

Ianya merupakan laluan daripada KLIA2 ke Nilai Sentral pada tarikh 30 September 2020, jam 9 malam dan tiba di destinasi pada 10 malam.

COVID-19 : Penumpang MyBas KLIA2-Nilai Diminta Tampil Dengan Hubungi Pejabat Kesihatan

Jika anda atau kenalan rapat anda merupakan salah seorang penumpang tersebut, sila hubungi Bilik Gerakan COVID-19 di talian 06-7634809 yang beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 4.30 petang. Manakala Sabtu dan Ahad pada 8 pagi hingga 1 tengah hari.

Jadilah masyarakat yang bertanggungjawab. Hubungi mereka segera.

Setakat 7 Oktober 2020, terdapat 18 kes aktif yang dicacatkan di seluruh daerah di Negeri Sembilan dan secara keseluruhan adalah sebanyak 1063 direkodkan sejak pandemik ini berlaku di dalam negara pada Februari yang lepas.

Post a Comment

Previous Post Next Post