Resepi Dan Cara Mudah Buat Otak-Otak Ikan Dengan Cara Kukus

Resepi Dan Cara Mudah Buat Otak-Otak Ikan

Anda teringin makan otak-otak tetapi tak tahu nak beli mana? Apa kata anda buat dan masa sendiri je. Ikuti perkongsian resepi dan cara mudah buat otak-otak ikan yang boleh dimasak di rumah sahaja.

Otak-otak merupakan isi berempah yang terkenal di bahagian pantai timur Malaysia seperti Terengganu dan Pahang. Jadi kebanyakkan mereka yang datang ke Terengganu terutamanya pasti tidak melepaskan peluang untuk merasai otak-otak yang disediakan di negeri tersebut. Katanya lebih pure daripada negeri lain.

Tapi macam mana kalau teringin sendiri untuk makan dan anda tidak berada di Terengganu? Alternatifnya, anda boleh masak je sendiri. Oleh itu, jika anda ingin cuba untuk buat otak-otak ikan ini, anda boleh lihat sini resepi yang disediakan beserta cara-cara untuk buat dan masak otak-otak ikan tersebut.

Resepi Dan Cara Mudah Buat Otak-Otak Ikan

Resepi Dan Cara Masak Otak-Otak Ikan

Cara masak otak-otak biasanya dibakar, jadi anda perlu dapatkan daun pisang untuk membalut isi ikan tersebut. Selain itu, anda boleh kukus sahaja seperti resepi ini.

Bahan-Bahan

  • 500 g isi ikan jenahak* - hiris nipis
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil kiub ikan bilis
  • Daun pisang secukupnya
  • Garam dan gula

*anda boleh gunakan ikan selain jenahak. Ikut citarasa anda

Bahan Kisar

  • 5 biji buah keras
  • 3 batang sertai
  • 3 cm lengkuas
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cm belacan
  • 10 tangkai cili merah
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 cawan santan pekat

Cara Masak

  1. Pecahkan telur dan gaul sebati dengan bahan kisar. 
  2. Sekiranya kurang pekat, boleh campurkan sedikit tepung gandum dan kacau rata
  3. Masukkan hirisan ikan ke dalam adunan dan gaul rata. 
  4. Sudukan adunan ke atas daun pisang yang telah disapu dengan sedikit minyak
  5. Gulung atau bungkus dengan kemas mengikut cita rasa lipatan sendiri
  6. Susun bungkusan otak-otak di dalam pengukus dan kukus selama 15-20 minit atau sehingga otak-otak masa secukupnya. Anda juga boleh masa secar bakar.
  7. Jika sudah sejuk sikit, boleh dah makan.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended