Bangunan Arcade SEGA Akihabara Tutup Operasi Selamanya Pada 30 Ogos 2020

Bangunan Arcade SEGA Akihabara Tutup Operasi Selamanya Pada 30 Ogos 2020

Pasti ramai kecewa dengan berita ini, apabila dapat tahu 30 Ogos yang lepas merupakan tarikh akhir Arcade SEGA di Akihabara beroperasi selepas kini ianya ditutup untuk selamanya.

Selepas kurang lebih 17 tahun menjadi landmark kepada wilayah membeli-belah barangan teknologi terbesar di Jepun, Akihabara, baru-baru ini bangunan 2 Arcade SEGA akan tutup selamanya iaitu bermula 30 Ogos 2020.

Arcade SEGA merupakan tempat bermain permainan arcade dimana mesin hiburang beroperasi dengan menggunakan duit syiling untuk bermain. Kebanyakan permainan acade adalah dalam bentuk permainan video, mesin hadiah, mesin pincall dan banyak lagi.

Bangunan Arcade SEGA Akihabara Tutup Operasi Selamanya Pada 30 Ogos 2020

Bangunan Arcade SEGA Akihabara Tutup Operasi Selamanya Pada 30 Ogos 2020

Bangunan Arcade SEGA Akihabara Tutup Operasi Selamanya Pada 30 Ogos 2020

Berita ini nampaknya begitu seperti tergesa-gesa dimana-mana hanya short notice sahaja diberi dan ianya hanya disebarkan melalai rakyat Jepun sendiri. Ianya tersebar apabila satu notis yang terpapar luar daripada bangunan tersebut seperti yang dikongsikan oleh pengguna twitter @aomu.

Bangunan Arcade SEGA Akihabara Tutup Operasi Selamanya Pada 30 Ogos 2020

"Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan. Kami minta maaf untuk mengumumkan dimana cawangan ini, Bangunan SEGA Akihabara 2, akan ditutup. Hari terakhir operasi kami adalah pada hari Ahad, 30 Ogos"

Disebabkan COVID-19?

Adakah ianya disebabkan pandemik COVID-19 yang berlaku di Jepun ketika ini?

Sebelum ini, bangunan 2 SEGA Akihabara ini ditutup sementara pada awal tahun apabila pandemik menyerang Jepun ketika itu. Tetapi walaupun ianya beroperasi semula bermula Jun yang lepas, nampaknya ianya masih tidak mampu untuk meneruskan operasi seperti biasa.

Seperti yang dikongsikan oleh sea.mashable, hanya bangunan 2 SEGA Akihabara sahaja ditutup tetapi bagi cawangan lain di tempat lain, ianya masih beroperasi seperti biasa.

Post a Comment

Previous Post Next Post