Amalkan Baca Surah Ghafir Ayat 44 Untuk Hilangkan Kesedihan Dan Peroleh Ketenangan

Amalkan Baca Surah Ghafir Ayat 44 Untuk Hilangkan Kesedihan Dan Peroleh Ketenangan

Ustazah Asma Harun ada ajarkan kepada kita, amalkan Surah Ghafir ayat ke 44 bagi memujuk hati agar tenang dan atas segala kekacauan dan hilangkan kesedihan dalam jiwa kita.

Setiap orang pastinya tidak lari dengan ujian dan masalah hidup. Tidak boleh tidak, pasti akan ada ujian yang menimpa kita. Ujian juga kadang kala ada ujian ringan dan ada ujian berat. Inilah kehidupan dunia dimana Allah menguji hambanya, adakah mereka mampu untuk tempuhi ujian tersebut.

Ujian mungkin berlaku di dalam keluarga, di tempat kerja, bersama suami atau isteri, bersama anak-anak atau mungkin masalah kewangan dan sebagainya.

Dengan ujian ini, pasti kita akan merasa sedikit lemah, sedih dan jiwa kacau. Tapi kita perlu bangkit dan pujuk hati supaya lebih tenang bagi mengatasi kesemua masalah ini dengan amalan baca Surah Ghafir ayat ke-44 ini.

Fadhilat Surah Ghafir Ayah Ke-44

Amalkan Baca Surah Ghafir Ayat 44 Untuk Hilangkan Kesedihan Dan Peroleh Ketenangan
Maksudnya : "... dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya". - Suraf Ghafir, ayat ke-44.

Dalam perkongsian daripada Ustazah Asma Harun, apabila diuji dengan ujian yang sehingga membolak balikkan hari kita, amalkan ayat ini berulang kali sehingga hati menjadi tenang dan lapang.


Potongan ayat al-Quran ini merupakan doa dan boleh di baca bila-bila masa sahaja. Ustazah Asma menyarankan supaya apabila kita menimpa kesedihan, boleh baca ketika sujud terakhir di dalam solat.

Doa ini Insya Allah mampu sampai tahap walaupun dalam keadaan sedih dan kekacauan, namun masih tetap tersenyum dan tabah kerana kita sebagai hamba menyerahkan bulat-bulat kesemuanya dan segala urusan kita kepada Allah.

Semoga sedikit perkongsian ini mampu memberikan manfaat terutamanya kepada mereka yang kini hadapai ujian serta di dalam kesedihan. Semoga segala ujian dapat diselesaikan sebaiknya. Insya Allah.


Sumber : mingguanwanita
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended