Jangan Lepaskan Peluang Untuk Bida No Plat Kenderaan 'UITM' Bermula 26 Ogos

Jangan Lepas Peluang Untuk Bida No Plat Kenderaan 'UITM' Bermula 26 Ogos

Pihak pengurusan UiTM mengumumkan bermula 26 Ogos 2020, anda boleh mula bida no plat kenderaan khas 'UiTM' yang dibuka kepada orang awam.

Pastinya ini berita yang mengembirakan bagi staff, alumni, pelajar universiti tersebut. Buat pertama kali, pihak pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan membuka bidaan jualan bagi no plat dengan tulisan nama universiti tersebut.

Timbalan Naib Cancelor, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim sendiri mengumumkan melalui laman facebook mereka disamping pengumuman yang dibuat oleh pihak universiti dimana nombor plat UITM 1-9999 boleh dibida berula 26 Ogos (Rabu) ini.

Ditambahya lagi, penjuala nombor pendaftaran khas kenderaan ini sedikit sebanyak mampu untuk menjana pendapatan bagi pengurusan universiti.

Jangan Lepas Peluang Untuk Bida No Plat Kenderaan 'UITM' Bermula 26 Ogos

Dapatkan No Plat Kenderaan Khas 'UITM'

Dengan inisiatif yang diperkenalkan oleh UiTM, pastinya ianya membawa makna khusus kepada warga UiTM. Terkenal dengan slogan 'UiTM Di Hatiku' pastinya no plat kenderaan ini boleh menjadi kenangan disamping dekat dihati mereka.

Jadi kepada mereka yang berminat untuk dapatkan no plat kenderaan UITM 1 hingga 9999, anda boleh mula membida pada 26 Ogos hingga 2 September 2020 di pautan uitmbida.uitm.edu.my pada pukul 12 tengah hari. Bidaan adalah bermula serendah RM500 bagi kategori biasa sehingga RM20,000 bagi kategoi prima dengan nombor pasangan 2 digit.

Bidaan ini dibuka kepada semua orang awam dan tidak terhad kepada warga UiTM sahaja. Jika anda berminat, boleh cuba membuat bidaan nanti.

Jangan Lepas Peluang Untuk Bida No Plat Kenderaan 'UITM' Bermula 26 Ogos

Kita biasa nampak di jalanan no plat RIMAU, PATRIOT, PUTRAJAYA dan lepas ni kita akan lihat no plat UITM di atas jalan raya.

Untuk warga UiTM, jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan no plat UITM kesangan anda ini nanti.
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended