Ciri Terbaru Di Telegram. Cara Buat Folder Untuk Asingkan Chat, Group dan Channel

 Cara Buat Folder Untuk Asingkan Chat, Group dan Channel

Baru-baru ini, Telegram telah memperkenalkan ciri terbaru yang disediakan di platform tersebut. Telegram telah memperkenalkan Chat Folders.

Telegram merupakan antara aplikasi media komunikasi yang boleh digunakan selain daripada Whatsapp, Wechat dan sebagainya. Tujuan asal adalah bagi urusan komunikasi antara yang lain. Tetapi kini ianya menjadi semakin berkembang. Disini anda peroleh pelbagai ciri yang diperkenalkan seperti Chat Group dan Channel. Lama-kelamaan ianya menjadi sebuah media sosial.

Dengan adanya ciri tersebut, pasti terdapat banyak group dan channel yang anda sertai di dalam Telegram. Disebabkan itu, chat bersama rakan anda akan bercampur dengan chat group dan channel. Memang banyaklah dipaparkan dibahagian homepage kan.

Disebabkan itulah, Telegram tampil untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan penyediaan Chat Folders.

Apa Itu Chat Folders?

Secara ringkas, dengan adanya chat folders ini segala chat, chat group dan channel boleh diasingkan mengikut kategori yang anda sediakan sendiri. Anda boleh asingkan mengikut chat kawan anda, group belajar, group kerja, perkongsian informasi, blog, filem, lagu dan macam-macam lagi. 

Jadi bagaimana cara untuk buat chat folders? Anda boleh ikut cara ini

Langkah 1  :  Anda pergi ke akaun Telegram anda dan klik 3-garisan di bahagian kiri atas

Cara Buat Folder Untuk Asingkan Chat, Group dan Channel

Langkah 2  :  Kemudian cari Setting

Cara Buat Folder Untuk Asingkan Chat, Group dan Channel

Langkah 3  :  Seterusnya anda scroll ke bawah dan cari Folders

Cara Buat Folder Untuk Asingkan Chat, Group dan Channel

Langkah 4  :  Jadi disini anda akan diberi arahan untuk sediakan Folders mengikut kategori yang anda tetapkan sendiri. Klik pada Add Chats dan pilih mana-mana chat (private, group, channel) untuk dihimpunkan di dalam folder yang anda tetapkan. Jika sudah selesai tekan Save

Cara Buat Folder Untuk Asingkan Chat, Group dan Channel

Langkah 5 :  Jika sudah selesai, kesemua folders mengikut ketetapan anda sendiri akan dipaparkan. Anda boleh edit kembali dengan klik pada nama folders tersebut.

Cara Buat Folder Untuk Asingkan Chat, Group dan Channel

Langkah 6  :  Selesai! Anda boleh lihat kesemua folders yang anda buat, ianya akan terpapang di homepage Telegram anda

Cara Buat Folder Untuk Asingkan Chat, Group dan Channel

Jangan lupa bergabung dengan Telegram kami di t.me/hellomediamy
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended