Apple Store Terapung Pertama Di Dunia Ada Di Marina Bay Sands, Singapura

Apple Store Terapung Pertama Di Dunia Ada Di Marina Bay Sands, Singapura

Tidak cukup 2, kini terdapat 3 Apple Store rasmi yang berpangkalan di Singapura. Paling best yang ke-3 ini, lokasi Apple Store adalah berada di atas air atau Apple Store terapung. Ianya pertama di dunia.

Apple Store ini ditempatkan di atas air di Marina Bay Sands. Selain daripada lokasinya, reka bentuk yang digunakan pakai bagi bangunan ini juga unik iaitu dalam bentuk sfera. Jadi ianya seolah-olah sebuah bola yang terapung di atas air dengan logo Apple dilekatkan.

Setakat ini tiada lagi tarikh rasmi yang diumumkan oleh pihak Apple bila store ini dibuka kepada orang ramai. Mungkin disebabkan pandemik COVID-19, tarikh pembukaan sedikit lewat daripada yang dicadangkan.

Apple Store Terapung Pertama Di Dunia Ada Di Marina Bay Sands, Singapura

Apple Store Marina Bay Sands, Singapura

Kawasan Apple Store yang berlokasi di Marina Bay Sands ini antaranya digunakan oleh Avalon Club bermula 2011 hingga 2016 yang melibatkan keluasan sehigga 17000 meter per segi. Apple Marina Bay Sands berada di alamat 2 Bayfront Avenue, B2-06, Singapore 018972.

Selain daripada Apple Store ke-3 ini, di Singapore sudah terdapat 2 Apple Store yang telah dibuka sejak 2017 yang lepas. Apple Store pertama yang berada di Knightbridge Mall, Orchard Road merupakan Apple Store pertama yang dibuka di Asia Tenggara. Manakala Apple Store yang kedua dibuka di Jewel Changi Airport yang dibuka pada Julai 2019 yang lepas.

Apple Store Terapung Pertama Di Dunia Ada Di Marina Bay Sands, Singapura

Selain daripada menjadi sebuah tempat 'shopping' barang Apple, Apple Store Terapung ini pastinya menjadi pusat tarikan pelacongan yang baharu di Singapura kerana lokasinya yang strategik iaitu berada di pusat tumpuan, Marina Bay Sands.

Berdasarkan kenyataan Apple berkaitan store yang baharu ini

"Ianya akan menjadi pusat kreativiti, tempat yang kami buat untuk anda timbulkan idea dan hasrat anda. Ini akan menjadi ruang untuk anda meneroka, menghubungkan dan mencipta sesuatu yang baru ”


Singapura dah 3 Apple Store, di Malaysia 1 pun takda lagi. Bila lagi Apple nak buka di Malaysia ni? Pengguna ramai kot.

Kemaskini : Pihak Apple Singapore mengumumkan, Apple Store Marina Bay akan dibuka pada Khamis, 10 September 2020.

sumber : cnalifestyle

Post a Comment

Previous Post Next Post