Aduh! Tenet, Mulan, Top Gun Maverick Antara Filem Yang Ditangguhkan Lagi Tayangan

Aduh! Tenet, Mulan, Top Gun Maverick Antara Filem Yang Ditangguhkan Lagi Tayangan

Disangka kita akan nikmat tayangan filem yang ditunggu-tunggu selepas ada sedikit penurunan kes COVID-19 ini, tetapi sangkaan kita itu silap nampaknya. Filem-filem tersebut nampaknya tangguh lagi tayangan ke masa yang lebih lama.

Sebelum ini hellokerja ada terbitkan artikel berkaitan tarikh baharu tayangan bagi filem yang tertangguh disebabkan pandemik COVID-19. Ada antara filem yang sudah ditayangkan selepas panggung wayang dibenarkan beroperasi semula tetapi nampaknya ada filem terpaksa tangguh lagi tayangan.

Kita jangka, mungkin selepas data kes positif jangkitan semakin kurang, boleh la kita tengok filem-filem tersebut, tetapi tidak. Kita terpaksa lagi menunggu. Ada yang antaranya ditangguh sehingga ke tahun 2021. Aduh!

Filem Yang Ditangguhkan Lagi!

Sebelum ini, Disney melaporkan Mulan akan ditayang semula pada 24 Julai 2020 tetapi kini tidak lagi. Ini kerana Mulan ditangguhkan lagi, tetapi tiada tarikh rasmi yang diumumkan. Selain itu, Tenet juga menerima nasib yang sama, sepatutnya tayangan sekitar bulan Julai, tetapi diumumkan telah ditunda ke tarikh yang tidak diumumkan. Aduh!

Aduh! Tenet, Mulan, Top Gun Maverick Antara Filem Yang Ditangguhkan Lagi Tayangan

Aduh! Tenet, Mulan, Top Gun Maverick Antara Filem Yang Ditangguhkan Lagi Tayangan

Selain daripada itu, beberapa filem lain juga ditunda lebih lama iaitu sekitar tahun 2021 pula. Antara filem yang terkesan adalah seperit berikut:
  • A Quite Place Part 2 : 23 April 2021
  • Top Gun Maverick : 2 Julai 2021
  • SpiderMan Far From Home Sequel : Disember 2021
  • The Conjuring The Devil Made Me Do It : Jun 2021
  • Antlers : 19 Februari 2021
  • The Last Duel : 15 Oktober 2021

Dengan kesan inilah, ada filem lain yang sepatutnya tayangan lebih awal dibuat terpaksa juga menganjak tayangan seperti filem Avatar dan Starwars:
  • Avatar 2 : 16 Disember 2022
  • Avatar 3 : 20 Disember 2024
  • Avatar 4 : 18 Disember 2026
  • Avatar 5 : 22 Disember 2028
Aduh! Tenet, Mulan, Top Gun Maverick Antara Filem Yang Ditangguhkan Lagi Tayangan

  • Untitled Star Wars : 22 Disember 2023
  • Untitled Star Wars : 19 Disember 2025
  • Untitled Star Wars : 17 Disember 2027
Aduh! Tenet, Mulan, Top Gun Maverick Antara Filem Yang Ditangguhkan Lagi Tayangan

Tetapi filem Wonder Women dan Black Widow seperti tidak terkesan buat masa ini. Akan ditayangkan seperti yang diumumkan sebelum ini pada Ogos 2020 dan 6 November 2020 untuk masing-masing.


Janganlah tangguh lagi kan. Puas la nak tunggu 2021 ni weh! Tapi rasanya kes penurunan pandemik ini hanya berlaku di beberapa buah negara, termasuk Malaysia. Amerika sepertinya tiada kesudahan gayanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post