Kena Cuba! Wanita Ini Kongsikan Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

Pernah makan Nasi Kandar Deen Maju? Kalau teringin lagi nak rasa, apa kata anda masak sendiri di rumah dengan ikuti perkongsian resepi nasi kandar untuk dihidangkan kepada yang tersayang.

Nasi Kandar ni biasa kita dapat rasa kesedapannya apabila tiba di Penang. Katanya original Nasi Kandar datang daripada sana. Kalau di Kuala Lumpur, nak cari nasi kandar, pergi ke Deen Maju. Sekali rasa, pasti nak lagi. Kesudahannya, datang kedai la selalu.

Yelakan, nak buat tak pandai, takda resepi kan!

Jangan risau, seorang pengguna facebook, Siti Fatimah Mohd Jamil berbesar hati telah mencuba resepi sendiri dan telah kongsikan juga resepi nasi kandar ala Deen Maju gitu. Kalau anda nak cuba, jom kita tengok resepi tersebut.

Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju

Dah tak sabar, jom kita tengok resepi nasi kandar yang sedap ini. Resepi nasi kandar ini dengan berlaukkan ayam dan sotong tau. Makan dengan kuah hampir banjir. Sedap beb!

Bahan untuk menumis Kari Sotong:

  • 1 biji Bawang besar - hiris memanjang
  • 4 biji bawang putih - hiris nipis
  • Seinci halia - hiris nipis
  • Seinci kunyit hidup - hiris nipis
  • Daun kari dua kayu
  • Sup bunjut
Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

Cara Tumis

1.  Tumiskan bahan-bahan yang disenaraikan di atas sehingga naik bau

Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

2.  Masukkan bancuhan serbuk kari daging Babas.

3.  Sukatan: 3/4 cawan dan dibancuh dengan air sehingga pekat

Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

4.  Selepas pecah minyak, masukkan sedikit air

Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

5.  Masukkan sotong dan tambahkan 2 cawan air sehingga mendidih dan masak.

6.  Kemudian  baru masukkan sekeping asam keping. Jangan masukkan asam keping awal nanti boleh buat sotong jadi liat.

kari sotong

7.  Masukkan sayur seperti terung dan lain-lain. Anda boleh masukkan cili jika suka pedas, boleh letak, begitulah sebaliknya.

Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

8.  Masukkan terung dan cili api terlebih dahulu.

Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

9.  Akhir sekali masukkan tomato dan biarkan kari pekat dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Biarkan pekat mengikut citarasa masing-masing.

Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

Dah siap untuk kari sotong. ermm sedapnya!

Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

Bahan Untuk Kuah Kicap Pekat ala Deen Maju

Ada kuah kicap pekat barulah nasi kandar kan. Jom kita tengok resepi, bahan dan cara masak kuah kicap pekat pula.

Bahan-bahan kisar yang ditumis:

  • 8-10 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih.

Cara Masak

1.  Kisar sehingga betul halus, kemudian tumiskan. Kemudian masukkan 1/2 cawan air

Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

2.  Apabila pecah minyak, masukkan bawang besar hiris.

Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

3.  Cili api adalah pilihan bagi peminat pedas tau

Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

4.  Masukkan kicap maniss sehingga warnanya cantik. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Kuah kicap ni mesti rasa manis yang seimbang baru nikmat.

Boleh juga buat ayam masak kicap style ni. Tapi saya tak bubuh ayam sebab dah buat ayam goreng mamak.

Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

Sekarang dah siap kuah kicap!

Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

Resepi Ayam Goreng Mamak Resepi Sendiri

Jom tengok resepi ayam goreng mamak resepi siti fatimah sendiri.

Cara Masak

1.  Perapkan ayam dengan bahan kisar halia+bawang putih+satu sudu teh garam.

2.  Perapkan sekurangnya 30 minit.

Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

3.  Apabila hendak mula memasak, masukkan bahan-bahan lain.
  • Serbuk kunyit 3 sudu
  • Serbuk kari 3 sudu
  • Serbuk cili 3 sudu
  • 2 sudu gula
  • Serbuk pasti sedap knorr
Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

*Jangan perapkan sekali kerana boleh buat ayam rasa pahit

4.  Letak daun kari. Lagi banyak. Lagi harum

Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

5.  Apabila minyak mula dipanaskan, baru masukkan satu senduk kecil tepung beras dan dilumur kepada ayam.

Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

6.  Gambaran setelah ayam dilumur dengan bahan-bahan tersebut.

Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

7.  Gorengkan dengan minyak yang banyak, pastikan minyak betul-betul panas dan api dibuka dengan kecil supaya memastikan ayam masak sekata.

Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

Resepi Nasi Harum dan tidak muak.

Seterusnya, kita nak masak nasi pula.

Bahan-Bahan

  • 2.5 pot nasi beras faiza + air 3 pot air (saya gunakan pot periuk nasi)
  • Daun pandan
  • Satu sudu kecil garam
  • 1 sudu esen pandan
Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

Cara Masak

1.  Masak telur masin sekali ketika tanak nasi akan melemakkan lagi rasa nasi

2.  Sedia dihidang bersama bendi celur dan cili besar.

Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju Cara Tersendiri

sumber : siti fatimah
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended